Bab 1
“Buka pintu ni!!!!” Teriakan keras disertai ketukan bertalu-talu mengejutkan Alia dari lenanya. Sambil berjalan keluar matanya sempat memerhatikan jam di dinding tepat pukul dua pagi.
Siapa yang dating malam-malam buta ni, takkan teman-teman Zakri, kerana mereka baru saja pulang. Gerutu Alia dalam hati, geram kerana tidurnya terganggu.
Sebaik pintu dibuka matanya yang mengantuk itu jadi segar bugar melihat beberapa orang lelaki berkopiah bersama dua orang beruniform polis berada di depannya.
“Kami dari bahagian pencegah maksiat, menerima aduan mengatakan disini ada kes khalwat.” Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri. Lemah longlai tubuh Alia mendengarnya.
“Apa riuh-riuh ni?” kedengaran suara Zakri bertanya. Alia Cuma mampu menelan air liur ke tekaknya yang kering sambil memandang Zakri yang Cuma berseluar pendek menuruni tangga. Parah!!!
“Apa hubungan awak berdua??” Tanya lelaki yang berserban putih.
“Saya Cuma orang gaji disini Encik..” Beritahu Alia dengan suara terketar-ketar.
“Dua orang saja di rumah ini??” Tanya lelaki itu lagi, Alia mengangguk lemah.
“Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berada dalam sebuah rumah adalah salah disisi agama.” Sergah lelaki yang berkopiah itu pula.
“TolonglH Encik… saya tak buat apa-apa..” Rayu Alia cemas.
“Bagi IC awak berdua.” Minta pegawai itu tanpa memperdulikan rayuan Alia.
“Awak semua salah faham..” Marah Zakri.
“Jangan banyak cakap bagi IC awak berdua, ikut kami ke balai.”
“Awak semua akan menyesal nanti!! Awak tak kenal siapa saya.” Gertak Zakri angkuh.
“Kami Cuma menjalankan tugas.” Tegas pegawai itu.
Dan dalam terpaksa kerana tidak punya pilihan lagi Alia dan Zakri akur menurut perintah.
Sebaik sampai di Balai Polis Zakri terus menghubung ayahnya, sementara Alia sudah tersedu sedan menangisi nasibnya mengapakah nasibnya tidak pernah baik, lepas satu, satu bala yang menimpa dirinya bagaikan tiada berkesudahan.
Haji Ismail terduduk merenung Alia yang masih tersedu-sedu.
“Sudahlah Lia, kami tahu Lia tak bersalah.” PujukHajah Jamilah menepuk lembut bahu Alia penuh belas.
“Ini semua salah Ari, kalau dia tak suruh Lia ke sana semua ni takkan terjadi.” Marah Aris.
“Eh, kau jaga sikit mulut kau boleh.. kau sibuk sangat apasal??: Sambut Zakri berang.
“Sudah!! Jangan nak bergaduh pulak, hal ini takkan selesai kalau bertengkar.” Marah Haji Ismail.
“Kauni Ari, tak boleh ditegur. Panas baran kau saja yang kau fikirkan. Memang hal yang berlaku ni semua salah kau. Selalu sangat angkut betina ke rumah buat parti sampai ke pagi kau fikir orang keliling tak bermata. Selama ni ayah diamkan saja biar pun apa yang kau buat sebab ayah fakir kau dah besar, dah boleh berfikir mana yang baik, mana yang buruk. Tapi kau tak gunakkan otak, Cuma ikut kan nafsu, kerana kesalahan kau.. orang lain yang susah, nama keluarga yang buruk. Ayah dah jumpa dengan kadi minta tolong selesaikan kes kau ni, dia setuju melepaskan tuduhan atas kau dengan syarat kau dan Alia dinikahkan. Ayah pun fakir begitu, mungkin bila dah berumahtangga kau boleh berubah.”
“What??? Ari tak setuju.” Bentak Zakri.
“Demi maruah Alia dan keluarga kita kau mesti bernikah.” TegasHaji Ismail
“Tapi ayah..”
“Kau diam Is, hal ni tak ada kena mengena dengan kau.” Marah ayahnya bila Aris cuba bersuara. Merasakan dirinya tidak diperlukan Aris terus bangun meninggalkan mereka, sebentar kemudian terdengar enjin kereta dihidupkan.
“Ari tak boleh terima dia ayah, bagi Ari, Lia Cuma orang gaji tak lebih dari tu. Ari tak buat apa-apa pun, sentuh pun tidak takkan Ari nak kena kahwin dengan dia pulak. Lagipun Arid ah ada pilihan sendiri.” Zakri bersuara mengharapkan pengertian ayah dan ibunya.
“Itu terpulanglah pada kau. Kau pilihlah sendiri antara maruah keluarga kita dengan kekasih kau. Ayah dah malas nak cakap Ari, letih ayah dengan sikap kau ni.” Ujar Haji Ismail sebelum berlalu meninggalkan anaknya itu dengan rasa jengkel da marah atas sikap anaknya yang memalitkan arang ke mukanya, memusnahkan maruah keluarga yang dibina.
Bab 2
Alia sedar semenjak dia tiba di rumah besar itu Zaki tidak pernah menyukainya.
“Ini Alia, anak saudara ayah.” Perkenal Haji Ismailsebaik dia tiba, Zakri langsung tidak ambil peduli.
“Eloklah tu, senang sikit mak bila dah ada orang gaji ni.” Dia Cuma dianggap sebagai orang gaji oleh Zakri mujurlah lelaki angkuh itu tidak tinggal serumah dengan ibubapanya.
Alia tidak mempedulikan pandangan Zakri terhadap dirinya yang penting Hajah Jamilah menerima kehadirannya dengan baik malah dia disuruh memanggil pasangan itu mak dan ayah. Biarpun dia agak kesal dengan sikap Haji Ismail yang merahsiakan siapa dirinya yang sebenar dari isteinya. Yang tahu siapa dirinya cuma Aris, tapi apakan daya jejaka itu juga terpaksa merahsiakannya demi keharmonian keluarga mereka. Pun begitu Alia bersyukur setelah kematian ibu yang dikasihi ada juga tempat dia menumang kasih.
Malangnya kebahagiaan baru sekejap dikecapi, derita juga dating menyapa. Dia ke rumah Zakri atas arahan Zakri untuk membuat persiapan majlis hari jadi Zakri yang berakhir dengan dia di tuduh berkhalwat dengan lelaki angkuh itu. Lelaki yang memandang hina padanya. Dan kini dia dipaksa mengahwini lelaki itu kerana kesilapan orang lain adilkah begitu???
Zakri tidak senang duduk, panas benar hatinya emikirkan permintaan ayahnya supaya dia menikahi perempuan kampung yang selekeh itu. Permintaan yang pada pendapatannya diluar kewarasan akal fikiran. Gila… betul-betul gila…
“kau nak ke mana Ai?” Tanya ibunya melihat Zakri bangun.
“Balik.” Jawab Zakri sepatah.
“Duduk dulu mak nak cakap sikit.” Arah ibunya. Biarpun dia tahu maksud ‘mak nak cakap sikit’ itu bukan sedikit yang akan diperkatakan oleh ibunya namun untuk tidak mengecilkan hati ibunya dia akur.
“Dengar cakap mak, Ari.. kasihanlah dengan mak, mak merayu. Tolonglah jangan malukan keluarga kita, jangan kecewakan ayah kau. Biarpun dia Cuma ayah tiri, tapi dialah yang membesarkan kau sehingga kau berjaya sekarang ni, jangan lupa jasanya Ari.”
Memang Zakri akui biarpun dia Cuma anak tiri tapi dia dilayan seperti anak sendiri, ditatang seperti menatang minak yang penuh malahan kadang-kadang layanan yang diberikan oleh ayahnya lebih baik dari layanan kepada Aris anak kandungnya.
“Jangan kecewakan kami Ari, mak mohon.. lagipun alia tu tak ada kurangnya, rupa ada, berbudi bahasa.” Tambah ibunya dengan esakkan yang meruntun hati Zakri. Setiap kali melihat airmata ibunya Zakri tidak mempunyai kekuatan untuk melawan, hatinya akan cair melihat kesedihan ibunya yang amat dikasihi, dia tahu ibunya pernah menempuh pengalaman hidup yang getir bersama ayahnya dulu, kalau boleh dia tidak mahu ibunya merasai kesedihan lagi didalam hidupnya.
Akhirnya dalam terpaksa, demi menjaga hati ibunya dia akur pada permintaan yang tidak mampu ditolak dengan kata-kata lagi.
Bab3
Majlis pernikahan mereka berlansung tanpa paluan kompang, tanpa pelamin yang berhias indah, itu semua permintaan Zakri, majlis pernikahan dijalankan di pejabat kadi. Tiada senyuman manis yang menghiasi wajah Alia sebagai pengantin sebagai ganti hanyalah deraian airmata, ketika tangan Zakri dikucup sebagai tanda dirinya telah dimiliki, sedangkan Zakri kelihatan tenang tanpa sebarang reaksi.
Malam pengantin yang selalunya hangat dan mesra dengan kasih sayang bertukar menjadi dingin dan suram. Tanpa sentuhan dan belaian manja dia dibiarkan sendirian mengharungi malam yang bagaikan tiada berkesudahan itu.
Zakri masih lena di atas sofa yang terletak di penjuru bilik ketika Alia menunaikan solat subuh. Dia hanya mampu menggeleng melihat Zakri yang lalai dalam menunaikan amanah Allah itu, hendakmenegur dia belum mampu kecut perutnya melihat sikap panas baran Zakri. Memandangkan waktu masih awal dan matanya terasa mengantuk kerana sepanjang malam tidak mampu melelapkan mata memikir untung nasibnya dia menyambung tidur selepas menunaikan kewajipan pada Yang Esa. Dia terkejut bila selimut yang membaluti tubuhnya direntap kasar, sebaik membuka mata dilihatnya Zakri berdiri tegak di depannya.
“Bangun!! Pergi mandi, jangan lupa basahkan rambut tu, jangan sesekali kau mengadu dengan mak dan ayah, kalau tak teruk kau aku kerjakan.” Ugut Zakri. Tanpa bersuara Alia mengambil tuala dan baju masuk ke bilik air.
Zakri masih terlentang di atas katil ketika Alia keluar dari bilik air. Rasa geram dan benci membuak dihati Alia, lelaki itu langsung tidak berperasaan. Tanpa menoleh lagi Alia segera keluar dari bilik itu.
Bau harum kopi dan nasi goreng menusuk hidung Alia ketika turun dari biliknya.
“Mak dah masak rupanya.. maafkan Lia terlelap lepas subuh tadi.” Ujar Alia sambil menyusun cawan ke atas meja.
“Sesekali biarlah mak yang buat. Awak tukan pengantin baru.” Jawab Hajah Jamilah yang tersenyum simpul melihat rambut Alia yang panjang itu basah. Senyuman Hajah Jamilah dan Haji Ismail yang bertukar pandangan penuh makna ketika memandangnya membuat Alia tidak selesa.
Kalaulah mereka tahu tidur sekatil pun anak mereka tidak sudi tentu haru biru jadinya.
Aris pula cuba mencari reaksi di wajah Alia, rasa simpati melimpah di hatinya, tapi apakan daya gadis itu isteri yang sah kepada Zakri.
“Zakri tak bangun lagi Lia?” Tanya ayahnya
“Mandi agaknya ayah, biar Lia panggilkan.” Pantas saja Alia melarikan diri dari terus menjadi perhatian disitu.
Zakri yang sedang rancak berbual di handphonenya menoleh bila Alia masuk ke bilik.
“Nak apa??” Tanyanya kasar.
“Mak, ayah ajak sarapan.” Jawab Alia lembut.
“Tau la aku nak sarapan, kau sibuk sangat apahal..” Jerkah Zakri tanpa menunggu Alia berpaling tapi telinganya sempat menangkap kata-kata Zakri yang menyakitkan hatinya.
“Orang gaji I tu menyibuk.” Kemudian terdengar tawanya yang menghiris jiwa Alia.
Seketika kemudianbagaikan tiada apa-apa yang berlaku Zakri turun lantas duduk di sisi Alia. Dia mencapai pinggan lalu menghulur pada Alia.
“Sendukkan abang nasi.” Pintanya manja. Meluat Alia mendengarnya. Ibu dan ayah mereka tersenyum senang memerhatikan anak menantu yang kelihatan bahagia. Cuma Aris yang masih menaruh curiga.
“Mak, lepas makan tengahari nanti Ari nak bawa Alia balik rumah sana .” Beritahu Zakri hampir tersembu air dalam mulut Alia mujurlah sempat dia menahan.
“Hai.. cepatnya kata cuti seminggu??” Soal Aris tidak dapat menahan perasaan curiganya.
“Aah.. duduklahsini, dua, tiga hari lagi.” Sampuk ibunya.
“Bukan apa mak, rumah Ari tu mak faham ajelah. Sementara Ari cuti ni boleh juga Ari tolong Lia kemaskan.” Tenang Zakri memberi alas an.
“Awak ni pun bagi peluanglah mereka nak berdua-duaan..” Sampuk ayahnya yang sedari tadi menjadi pendengar.
“Suka hati kau oranglah, tapi inga sikit Ari kau tu dah ada isteri jangan buat perangai macam orang bujang lagi..” Pesan ibunya.
“Alah mak taulah Ari..” Zakri membela diri.
Dengan hati yang berat terpaksa Alia mengikut Zakri, keluar dari rumah itu bermakna keluar dari syurga di mana pintu neraka menanti pasti.. namun apakan daya Alia, dia kini benar-benar pasrah dengan apa yang akan dilalui, apalah daya seorang perempuan sepertinya..
“Ini bilik awak, disini awak tak lebih dari orang gaji ingat tu. Mulai sekarang panggil saya Encik Zakri kecuali di hadapan mak dan ayah saja faham!!!” perintah Zakri
sambil mencampakkan beg Alia ke bilik di mana dia tidur di malam petaka dulu
“Jangan sampai ada yang tahu kita bernikah, jaga mulut awak tu faham!!” pesan Zakri lagi. Alia Cuma merenung lelaki yang tidak berperasaan itu tanpa sepatah kata. Sebentar kemudian terdengar kereta Toyota Vios Zakri mengaum pergi.
“Ingat Lia, setiap kesusahan itu adalah ujian dari Allah, pasti ada rahmat dan nikmat disebalik kesusahan itu”itulah kata-kata hikmat ibunya yang dijadikan penguat semangat menghadapai semua itu.
“Kalau Zakri anggap aku orang gajinya, aku mahu jadi orang gaji yang terbaik, supaya dia tidak memandang remeh pada aku nanti.” Tekad Alia. Dari ruang tamu, bilik air, dapur hinggalah ke bilik tidur Zakri dikemas rapi. Ketika mengemas bilik Zakri matanya terpandang sebuah frem gambar yang menghiasi kepala katil Zakri. Gambar Zakri bersama seorang gadis jelita mengusik perasaan Alia. Namun perasaan itu dilontar jauh dari hatinya dia sedar siapa dirinya.
Entah jam berapa Zakri pulang malam itu Alia tidak pasti keletihan mengemas rumah besar itu membuatkan dia tidur lena.
Zakri memerhatikan biliknya yang bagai sarang tikus itu berkemas rapid an ketika terpandang sejadah yang dilipat kemas serta sehelai kain pelikat dihujung katil membuatkan dia merasa sedikit tersindir. Sewaktu merebahkan badan ke katil yang bercadar kemas itu dia tercium bau harum, matanya terpaku pada dua kuntum mawar merah yang menghiasi vase di kepala katilnya disebelahnya frem gambar dia dan Juita. Berdetik juga hatinya, tidak cemburukah Alia melihat dia dan Juita berdakap mesra.
Zakri mengukir senyum senang. Sekurang-kurangnya rumah yang dulu berserabut kini terurus tambahan pula Alia tidak banyak cerita.
Bab 4
Mentari pagi bersinar terang memasuki biliknya. Dalam kepayahan Zakri membuka matanya, jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi namun dia masih bermalasan di katilnya.
“Encik Zakri..” Panggil Alia sambil mengetuk pintu biliknya berulang kali.
“Apa memekak aje orang nak tidur ni!!” Jerkah Zakri sebaik membuka pintu biliknya. Entah mengapa setiap kali melihat wajah Alia cepat benar dia naik darah.
“Maafkan saya Encik, ada orang nak jumpa. Saya dah cakap enik tidur tapi dia berkeras juga suruh kejutkan.” Jawab Alia masih berlembut.
Kadang-kadangsikap tenang Alia itu membuat Zakri pelik. Ditengking, diherdik tapi kata maaf itu juga yang terluncur dari bibirnya. Budak ni tak ada hati agaknya. Gerutu Zakri dalam hati.
“Hey Zack, yang kau marah dia tu buat apa. Aku yang suruh dia kejutkan dah tengahari membuta lagi.” Kedengaran suara Hilmi melaung dari bawah.
“Siapkan sarapan.” Tanpa bicara Alia segera ke dapur.
“Sejak bila kau pakai orang gaji??” Tanya Hilmi tidak sabar bila Zakri turun.
“Alah, mak aku yang sibuk sangat. Katanya hidup aku ni tak terurus tu yang dia suruh Alia tu kerja sini.” Bijak Zakri memberi alas an
“Alia.. boleh tahan budak tu, kau ni boleh dipercayai ke??” Usik Hilmi.
“Aku kalau makan pun tengok hidangan juga tau!!” Balas Zakri sengaja dikuatkan suara untuk menyakitkan hati Alia.
“Ah, kau tu yangbuta, pada aku budak tu manis dan ayu, cantik asli bukan macam buah hati kau tu cantik sebab make-up tebal seinci.”
Terdiam Zakri mendengar jawapan temannya yang payah hendak memuji wanita.
“Aku nak breakfastdulu, kau nak tak?” perut Zakri terasa lapar bila terbau nasi lemak dan sambal tumis yang dimasak oleh Alia.
“Mari makan sama Alia.” Ajak Hilmi yang selalunya sukar nak membuka mulut bila berdepan dengan perempuan.
“Terima kasih saya dah makan, silalah Encik..” Suara lunak Alia mengudang marah dihati Zakri.
“Eh, janganlah berencik-encik pulak, panggil Hilmi atau abang pun boleh.” Ramah benar Hilmi pagi tu.
“Saya minta diri dulu, nak ke pasar.” Segera Alia mengundur diri bila dilihatnya renungan Zakri macam harimau mahu menerkam mangsanya.
“I want to know more about her!!” Terkejut Zakri mendengar permintaan Hilmi.
“Merepek ajelah kau ni Mie..”
“Come on Zack, selalu kau yang beria-ia nak kenalkan aku dengan perempuan, aku rasa dia sesuai dengan aku.” Ujar Hilmi sunggguh-sungguh.
“Dah berdozen aku kenalkan perempuan dengan kau tak pernah yang lekat ada aje yang tak kenanya, ni orang gaji aku pulak kau berkenan, dah mabuk agaknya kau ni.” Zakri mula marah-marah.
“Aku tahulah kau tu high class taste, tapi aku tak. Dalam ramai-ramai perempuan yang kau kenalkan tu semua Cuma cantik tiruan, budi bahasa pulak zero. Alia tu bersopan santun, lemah lembut mempunyai cii-ciri keibuan macam wanita idaman aku faham!!!” terlopong mulut Zakri mendengar komen teman baiknya itu.
Rosak!! Dia jatuh hati dengan isteri aku pulak.. gerutu Zakri dalam hati dengan
perasaan yang tak keruan.
“Malas aku nak dengar kau merepek, dah .. cepat kata nak pergi main tennis. Aku janji dengan Juita pukul sebelas, asyik dengar kau melalut ni dah sebelas suku naik angin pulak dia nanti.”
“Lupa pulak aku, buah hati kau telefon tadi, marah-marah lagi katanya handset kau off lagi. Dia tak jadi ikut kita sebab auntie dia datang. Emm.. Juita tau ke kau ada orang gaji??”
“Dah… dah kau jangan nak cari pasal pulak. Dah jom kita pergi…” Zakri segera bangun mencapai reket tennis dan kasutnya.
Mungkin kerana tidak memberi sepenuh perhatian pada permainan itu ditambah pula asyik memikirkan kata-kata Hilmi membuatkan Zakri lalai akibatnya ketika berlai mengejar bola yang dihantar oleh Hilmi kakinya tepelecok. Terjerit-jerit Zakri menahan sakit, sehingga terpaksa Hilmi membawanya ke klinik. Sewaktu Hilmi hendak menghantar dia pulang ke rumah ibunya, Zakri berkeras menyuruh dihantar pulang ke rumahnya.
“Sapa nak jaga kau nanti, kan doktor dah cakap dalam masa tiga hari ni kau tak boleh berjalan takut bertambah teruk kaki kau tu.” Leter Hilmi yang tidak faham dengan sikap teman baiknya itu.
“Aliakan ada..” Jawap Zakri tanpa berfikir.
“Alia tu duduk kat rumah kau kae?? Tanya Hilmi mula sangsi.
“Yalah, habis nak duduk mana??? Sudahlah aku sakit ni kau banyak cerita pulak.” Marah Zakri sambil merintih sakit. Jawapan Zakri itu menimbulkan tanda Tanya di hati Hilmi tapi malas hendak melayan Zakri yang bagai anak kecil itu keraguannya
dipendamkan.
“La apahal pulak ni Encik Himi??” Tanya Alia terkejut melihat Hilmi memapah Zakri masuk.
“Apa lagi cik abang ni terpelecok, saya nak hantar ke rumah mak dia tak nak, nak balik sini juga.” Jawab Hilmi membuat Alia tersenyum menahan tawa, apa tidaknya kalau hantar balik sana pecahlah tembelangnya desis hati Alia.
“Kau ingat aku budak kecil ke sakit sikit nak balik duduk rumah mak??” Gomel Zakri geram dengan sikap Hilmi.
“Oklah.. aku balik dulu, kalau kau tukar fikiran nak balik rumah mak kau, call aku. Ubat tu jangan lupa makan. Emm.. nak aku beritahu Julia??”
“Dah.. dah.. tak payah, pergilah balik..” Marah Zakri.
“Alia jaga-jaga sikit, yang sakit Cuma kaki dia aje, lain-lain tak sakit.” Hilmi mengusik Alia, Alia cuma tersenyum sementara Zakri mengetap bibirnya geram.
Sebaik Hilmi pergi, Alia segera ke dapur sebentar kemudian dia dating semula membawa sebesen air suam.
“Rendam kaki encik tu dulu..” Suruh Alia Zakri menurut saja mulutnya yang selalu sibuk menengking itu cuma mengeluh sakit. Sebentar kemudian Alia dating semula bersama segelas air dan sehelai kain tuala.dia menghulurkan ubat dan air kepada Zakri yang menerima tanpa bantahan.
Zakri hanya memerhati sahaja Alia mengelap kakinya yang mula bengkak itu dan kemudian disapunya minyak angina lalu jari jemari uncing itu mengurut kakinya.
“Aduh!! Sakitnya…” runggut Zakri.
“Tahan la sikit, kalau dibiar masuk angin nanti lagi sakit.” Jawap Alia menahan
senyum, gelihati melihat muka Zakri yang merah padam menahan sakit.
Sambil mengeluh, merintih matanya sempat melihat wajah manis di depannya.
Mata yang bulat hitam itu redup dan tenang, hidungnya tidak pesek, tidak mansung sederhana, bibir comel itu merah dan lembut bagaikan agar-agar biarpun tanpa disaluti lipstick. Kacau!!! Bisik hati Zakri, mengapa wajah yang dulu dipandang selekeh kii tampak lembut dan ayu.
Cantik asli. Kata-kata Halimi kembali menujah telinganya sungguh menyakitkan.
“Lia, hantarkan saya ke bilik.” Alia yang baru hendak berlalu itu melangkah kembali ke sisi Zakri. Terhuyung-hayang Alia mengimbangi badan untuk memapah Zakri yang jauh lebih besar darinya.
“Buat sementara ni, elok Encik duduk kat bilik saya dulu, susah nak turun naik tangga ni..” Cadang Alia bila melihat Zakri mengeluh memandang tangga. Bau haruman lavender yang lembut dari rambut Alia begitu enak membuat Zakri dibuai perasaan.
“Betul tu, saya pun tak larat nak panjat tangga tu.” Setuju Zakri buat pertama kalinya bersuara lembut tidak seperti selalu kalau mulutnya terbuka tengking herdiknya saja yang kedengaran.
Sebaik sampai di tepi katil Alia, sengaja Zakri memeluk erat pinggang Alia ketika hendak duduk, nyaris-nyaris Alia jatuh keribanya merah padam muka Alia menahan malu.
“Hish.. dia ambil kesempatan pulak..” Gerutu Alia dalam hati.
“Ambilkan saya baju dan tuala saya nak mandi.”
“Ada apa-apa lagi yang Encik nak saya ambilkan??” Tanya Alia , Zakri hanya menggeleng, Alia menahan tawa baru sakit sikit dah bisu.
Zakri memerhati sekeliling bilik yang agak sempit itu kelihatan rapi tanda si penghuni
yang kreatif menyusun perabut. Katil bercadar pink itu diletakkan di tepi tingkap disebelahnya sebuah meja kecil. Di atasnya tersusun beberapa buah buku-buku Agama dan novel. Sebuah kotak kecil berwarna emas menarik pandangan Zakri, tanpa menunggu lama dicapainya kotak itu lalu dibuka, sebuah jam tangan jenama Rolex.
Original ni.. tentu mahal. Gumam Zakri sendirian, bagaikan tidak percaya bila matanya membacatulisan di dalam kotak itu. “Istimewa untuk Alia dari Abang Is’ dua tiga kali diulang membacanya tiba-tiba hatinya digoda cemburu, apakah hubungan antara Alia dan Aris?? Dia mula tertanya-tanya. Sebaik terdengar derap kaki Alia turun Zaki segera menyimpan kotak itu ke tempat asalnya..
Bab 5
Selesai Zakri mandi dan berpakaian, Alia membalutkan kakinyadengan bandage.
“Kalau Encik nak makan saya sediakan, Zohor dah lama masuk saya nak sembahyang.
“Sembahyanglah dulu saya tunggu..”
Selesai sembahyang Alia menyediakan hidangan setelah itu dia memapah Zakri ke ruang makan.
“Marilah makan sama..” Terkejut Alia memandang Zakri bagai tidak percaya, tidak pernah Zakri mengajaknya begitu.
“Pergi ambil pinggan..” Arah Zakri bila dilihatnya Alia teragak-agak mendengar pelawaannya.
Akhirnya setelah hampir enam bulan tinggal sebumbung itulah pertama kali mereka duduk bersama hanya berdua menikmati juadah tengahari itu dengan aman tanpa Zakri marah-marah cukup membuat Alia terharu dan bersyukur
“Tambah nasi tu lagi..” Zakri menyendukkan nasi ke pinggan Alia.
Elok juga kalau dia sakit, tiba-tiba saja baik hati. Bisik hati Alia lega.
Mereka sedang duduk menonton tv bila handset Alia berbunyi. Alia yang duduk diatas lantai sambil melipat baju segera bangun mencapai handsetnya.
“Waalaikumsalam, sihat bang. Abang macam mana? Mak dan ayah??” suara manja Alia bagaikan api yang membakar telinga Zakri.
“Ari ada ni.. dia sihat cuma kakinya terseliuh masa main tennis tadi, tak dapat nak bergerak sangatlah ni. Abang Is tak keluar ke malam-malam minggu ni.. mana tau ada date ke..” Gelak tawa Alia membuat Zakri tidak senang duduk menahan perasaan cemburu.
“Aah.. mak.., tak teruk sangat ada ni tengah tengok tv. Mak nak cakap dengan dia ke?” kacau betul habis semua orang diberitahunya kaki aku terseliuh. Marah Zakri dalam hati.
“Mak nak cakap ni..” Alia menghulurkan handsetnya kepada Zakri.
“Terseliuh sikit aje mak, tak payahlah mak dating. Bukan Ari tak bagi mak dating tapi Ari bukannya sakit teruk. Ikut suka maklah..”
“Tak baik cakap kasar macam tu dengan mak, kecil hati orang tua tu.” Tegur Alia tidak senang melihat cara Zakri melayan ibunya.
“Awak punya pasallah.. orang tua tu nak datang..”
“Apa salahnya mereka datang??’
“Saya bukan tak bagi dia datang, kalau dia datang nanti mulalah dia jadi spy tak bertauliah, ada saja soalan bukan-bukan yang ditanyanya.” Renggus Zakri
Kata-kata Zakri mengingatkan Alia tentang kunjungan mereka dua minggu yang lalu.
“Kamu berdua merancang ye??” Tanya Hajah Jamilah ketika mereka sedang menikmat makan tengahari, tersedak Zakri dibuatnya.
“Awak ni tak ada benda lain ke nak tanya.” Tegur Haji Ismail.
“Yelah dah enam bulan tak ada apa-apa pun.” Sela ibu Zakri tidak puas hati.
“Mak ni ada-ada ajelah..” runggut Zakri.
“Betul kamu merancang??” Tanya orang tua itu lagi.
“Tak adalah mak, belum ada rezeki lagi agaknya” Jawap Alia tenang, Zakri menarik nafas lega.
“Mak kau ni dah tak sabar benar nak timang cucu..” usik ayahnya pula membuahkan tawa mereka.
Seorang di bilik atas, seorang di bilik bawah manakan nak mengandung. Klaulah
orang tua itu tahu yang anaknya tidak pernah menerima perkahwinanan mereka tentu perang besar dua beranak itu nanti. Fikir Alia.
Pelbagai alasan terpaksa diberioleh Alia untuk melindungi kepincangan rumahtangga yang tidak pernah diimpikan itu. Tapi sampai bila rahsia itu dapat ditutup, dia sendiri tidak pasti.
Bab 6
“Cik cari siapa??” Soal Alia sambil merenung gadis jelita di depannya.
“Hey.. awak ni siapa?? Buat apa kat sini, Zakri mana??” bertubi-tubi perempuan itu bertanya.
“I ada...” Belum sempat Alia menjawab terdengkot-dengkot Zakri mendapatkan Juita, tidak sakit pula kakinya. Kalau tidak asal bergerak minta dipapah.
“Puas I contact you, kenapa you offkan handset you tu??” Tanya Juita marah-marah.
“I sakit tak mahu diganggu.” Jawab Zakri lembut memujuk.
“Tu, perempuan tu siapa??” Juita menuding jari pada Alia yang tidak tentu arah.
“Orang gaji I..” Jawab Zakri serba salah, jawapan yang cukup menyakitkan hati Alia.
“Sejak bila pakai orang gaji?? Tak ada pun you cerita dengan I. cari orang gaji yang muda nak menggatallah tu..” Lancang sungguh mulut gadis itu kalau ikutkan hati mahu saja Alia menamparmulut celupar itu.
“You ni Ju, takkan dengan dia pun you nak cemburu. Dia ni orang gaji mak I, I sakit ni mak suruh dia bantu kat sini.” Sedikit pun Zakri tidak marah dengan sikap Juita.
“Tercegat lagi kat situ buat apa?? Busy body, pergi buat air I haus ni.” Marah Juita pada Alia. Seketika Alia memandang Zakri mengharapkan secebis simpati namun lelaki itu diam membatu.
Sewaktu keluar membawa minuman bukan kepalang sakit hatinya melihat Juita meliuk-liuk bersandar manja dalam dakapan Zakri. Alia bersikap selambbabiarpun matanya berbulu melihat mereka membuat maksiat dan pedih hatinya bagai dicarik-carik melihat kecurangan suaminya terang-terang didepan mata.
Ketika dia hendak meletakkan gelas berisi jus limau itu sengaja Juita menepis
tangannya, berderai gelas jatuh ke lantai.
“Mana pergi mata awak??” Terbeliak mata Zakri memarahinya.
“Buta agaknya.. tunggu apa lagi kutiplah kaca tu..” Tambah Juita bangga melihat Zakri memarahi Alia.
Disaat itu Alia merasa cukup terhina, sudahlah bercumbu mesra didepannya dia diperlakukan seperti seorang hamba. Mana perginya sifat keperimanusiaan mereka menghina dia begitu. Airmata yang hampir menitis itu ditahan, cukup sudah dia menangisi lelaki tak berguna itu.
“I datang ni nak beritahu you Zack, I kena pergi seminar ke Langkawi, ingat nak ajak you sekali dah macam ni I pergi seorang ajelah.”
Tidak lama selepas itu Juita berlalu, sebaik Juita pulang Zakri mengintai mencari kelibat Alia. Hatinya diterpa serba salah kerana memperlakukan Alia demikian. Tiba-tiba Zakri merasa bersalah dan menyesali perbuatannya.
“Alia... Lia..” Panggil Zakri.
“Nak apa???” tanya Alia dari pintu dapur dengan wajah masam mencuka.
“Saya nak ke bilik air..” Jawap Zakri.
“Tadi boleh berjalan sendiri tak sakit pun, takkan nak ke bilik air minta tolong pula. Saya tengah masak ni, nanti hangus.” Balas Alia meninggalkan Zakri yang melopong bila pertama kali Alia melawannya.
Kacau!! Dia lancar mogok matilah aku..” bisik Zakri terpaksa terdengkot-dengkot sendiri.
Siap menghidngkan makan malam. Alia memanggil Zakri. Bila dilihatnya Zakri
terkial-kial tak sampai hati pula untuk membiarkannya dengan rasa sebal dipapahnya
Zakri ke meja makan.
“Awak tak makan ke?? Marilah kita makan sama.” Zakri cuba mengembalikan suasana harmoni semalam.
“Dah kenyang.” Jawap Alia.
“Bila awak makan??”
“Tadi, makan tengking herdik awak dan buah hati awak.” Sindir Alia sebelum berlalu meninggalkan terkedu Zakri disitu.
“Aduh... sakitnya!!” suara rintihan Zakri yang tadinya perlahan semakin kuat bila Alia tidak mempedulikannya.
“Lia... Alia...” Jerit Zakri tidak sabar dibiarkan sendirian. Akhirnya tidak tahan mendengar jerit pekik Zakri Alia pergi juga mendapatkannya.
“Sakitnya kaki saya ni Lia..” Luah Zakri cuba memancing simpati Alia.
“Siang tadi elok je.. malam ni sakit pulak. Nak saya telefonkan Cik Juita tu.” Giat Alia sambil mengurut kaki Zakri. Kemudian dia mengambil segelas air dan pil penahan sakit lalu dihulurkan pada Zakri.
“Dah tau doktor kata tak boleh banyak bergerak, ngada-ngada. Dengar aje suara buah hati awak terus boleh berjalan hah, dah sakit ni dia tak susah, saya nak tidur pun tak boleh dengar awak terjerit-jerit.” Marah Alia.
“Awak ni tak habis-habis nak perli saya.” Dengus Zakri.
“Baru kena perli Encik dah marah cuba fikir perasaan saya ditengking herdik macam hamba setiap hari.” Luah Alia. Tergamam Zakri tidak menduga kata-kata itu akan diluahkan oleh Alia.
“Itu salah awak kerana tak menolak pernikahan kita dulu, kalau tak kita sama-sama
senang hati.” Balas Zakri tidak mahu mengaku salah.
“Encik yang patut bertegas, kerana hak berada ditangan lelaki bukan perempuan. Encik fikir saya senang menerima semua ni?? Dah terlanjur kita berbicara hal in saya nak cakap sikit.” Alia menarik kerusi lantas duduk menghadap Zakri.
“Saya mahu hentikan lakonan ini, saya dah tak sanggup melalui semua ini lagi. Encik tak rugi apa-apa, tapi saya masa depan saya perlu difikirkan sampai bila saya nak jadi orang gaji saja. Esok ayah dan mak nak datang kita akan berterus terang dengan mereka. Lepas tu kita boleh bawa haluan masing-masing, saya tak minta apa-apa selain kebebasan saya.”
“Awak dah gila??? Awak nak suruh orang tua berdua tu bunuh saya ke??” Bantah Zakri menggeleng ligat.
“Suka atau tidak kita kena hadapi semua ni. Itu keputusan saya.” Tegas Alia membuat Zakri kebimbangan.
Bab 7
Malam itu Zakri tidak mampu melelapkan mata. Otaknya berfikir ligat mengenangkan kata-kata Alia. Disamping takutkan kemarahan ibu dan ayahnya Zakri tiba-tiba tidak mahu kehilangan Alia.
Dia memang melampau bermesra dengan Juita dihadapan Alia. Zakri mula membandingkan Alia dan Juita. Kalaulah Juita yang ditengking herdik begitu pasti terbalik dunia ni dibuatnya, kesal mula menampar jiwa Zakri.
Alia sibuk memasak di dapuur untuk menyambut kedatangan orang tua mereka, sementara Zakri pula sibuk menenangkan dirinya.
“Lia..” Panggil Zakri.
“Nak apa??” Tanya Alia.
“Saya minta maaf atas sikap saya selama ni.” Ujar Zakri tiba-tiba.
Muslihat apa pulak mamat ni nak buat.. desis hati Alia.
“Saya mohon janganlah beritahu hal yang sebenarnya kepada mak dan ayah buat masa ni.” Rayu Zakri.
“Sampai bila saya nak tunggu??” Alia melepaskan keluhan kesal.
“Berilah saya sikit masa lagi.” Janji Zakri.
“Emm.. baiklah tapi jangan tunggu lama sangat.” Putus Alia melegakan hati Zakri yang berserabut.
“Terima kasih Lia. Mulai hari ni jangan panggil saya Encik lagi, panggillah abang atau apa yang awak selesa. Mungkin kita boleh bersahabatkan.” Ujar Zakri menghulurkan tangannya.
“Saya tak kisah nak panggil abang, tapi kalau Cik Juita dengar mati kita..” Usik Alia
menyambut huluran tangan Zakri.
“Dia tak perlu tahukan??” Balas Zakri menggenggam erat tangan Alia.
“Dan saya akan bayar gaji, jangan anggap bayaran sebagai orang gaji tapi sebagai gaji yang sepatutnya awak terima jika awak bekerja, nanti kita buka akaun dibank, setuju??”
“Saya tak paksa kalau itu yang Encik err.. abang fikir patut its up to you.” Terkejut Zakri mendengar Alia berbahasa Inggeris.
“Tutup mulut tu.. untuk pengetahuan abang, English saya A1 masa SPM dulu. Okay saya nak siapkan apa yang patut. Boleh bagi balik tangan saya..” Usik Alia membuat Zakri tergelak melepaskan tangan gadis itu tiba-tiba saja dia jadi kagum melihat isterinya, dia mula melihat keistimewaan Alia yang selama ini tidak dilihatnya bersama Alia dia merasa begitu tenang.
Kedatangan ibu dan ayah Zakri disambut penuh hormat dan mesra oleh Alia. Kadang-kadang Zakri merasa kagum melihat sikap Alia yang begitu menghormati orangtuanya, edangkan dia hendak mencium tangan ibunya setahun sekali pun payah. Cuma sejak berkahwin dengan Alia ini dia terikut-ikutkan cara Alia setiap kali bersalaman dengan ibu dan ayahnya pasti Alia mencium tangan mereka.
“Abang Is tak datang ke mak??” Tanya Alia agak muram bila Aris tidak turut serta.
“Kejap lagi sampailah tu..” Wajah muram Alia kembali ceria mendengar jawapan bunya. Zakri tiba-tiba merasa kurang senang melihat Aris mendapat perhatian isterinya. Rasa cemuru kembali melanda hatinya.
“Hah.. dah sakit baru lekat kat rumah ye Lia, selalu kalau mak telefon memanjang overtimenya.” Hajah Jamilah ketawa memandang Zakri. Masam mnis muka Zakri.
Sebentar kemudian Aris tiba. Alia menyambut kedatangan Aris dengan senyuman
mesra. Apa lagi bila melihat apa yang dibawa oleh Aris.
“Selamat ulang tahun Lia.” Aris meletakkan kotak kek dan hadiah di hadapan Alia.
“Cepat potong kek ni Lia.” Aris sibuk menyuruh Alia.
Sebaik kek dipotong hirisan yang pertama dihulurkan kepada Zakri, Zakri menyambut dengan rasa bersalah yang amat sangat. Dia tidak tahu pun hari itu hari jadi Alia. Barangkali bukan tak tahu, yang pasti tidak ambil tahu.
“Selama ni, tiap-tiap tahun Lia tak pernah potong kek tapi masa arwah mak ada dia pasti akan buatkan pulut kuning yang dihias cantik. Terima kasihlah kerana bersusah payah untuk hari jadi Lia.” Alia menyeka airmatanya yang basah.
“Ini untuk Lia, dari mak dan ayah.” Haji Ismail menghulurkan sebuah kotak kecil.
Alia membuka kotak itu perlahan, seutas rantai emas.
“Ini dari abang, tak tahulah Lia suka ke tidak.” Aris menghulurkan hadiah darinya. Alia tersenyum bila melihat baju kurung sutera berwarna biru.
“Cantik, terima kasih abang Is.” Baju itu dipeluk erat. Aris tersenyum puas.
“kau belikan Lia apa Ari??”Tanya ibunya membuatkan Zakri menggelabah.
“Dia sibuk nak keluar tadi mak, Lia tak bagi. Kakinya belum baik betul lagi. Malam tadi terjerit-jerit sakit.” Alia menyelamatkan Zakri yang kelam kabut mencari alasan.
“Nanti abang belikan hadiah istimewa..” Janji Zakri memeluk pinggang Alia yang duduk disebelahnya. Merah padam wajah Alia.
Ditengah-tengah kemeriahan itu Hilmi muncul.
“Lama tak jumpa orang bujang ni..apakhabar??” tegur haji Ismial pada tetamu yang baru tiba.
“Alhamdulillah sihat pak cik, saya ni menganggu majlis keluarga ni..” Ujar Hilmi.
“Ganggu apa pulak, rezekilah kami sambut birthday Alia ni. Kau bila lagi Mie, tengok ari ni sakit-sakit ada yang tolong jagakan senang. Kalau tak ada isteri, alamat mak cik nilah jadi mangsa..” Kata-kata ibu Zakri memeranjatkan Hilmi, dia cuba menyembunyi-kan dengan melemparkan senyuman kepada Zakri dan Alia yang nampak mesra bersama.
“Lia siapkan makanan dulu, boleh ajak Hilmi ni makan sekali.” Alia segera bangun. Selesai Alia menyiapkan hidangan dia memanggil mereka untuk makan.
“Pandai kau berlakon. Bukan main lagi kau main-main kan ak ye.. kawan apa macam ni.” Marah Hilmi ketika tinggal dia berdua Zakri disitu.
“Kau tak faham..”
“Memang aku tak faham.. sikap kau, dengan aku pun kau nak berahsia. Patutlah aku kenen-kenen si Lia tu kau marah.” Hilmi melontarkan geramnya.
“Okay memang aku salah, aku minta maaf. Aku takut Juita tahu hal ni, mati aku..”
“Juita.. hei.. apa yang kau berkenan sangat kat minah lorat tu??? Habis kalau kau tak suka kenapa kau kahwin dengan Alia??” Tanya Hilmi kesal dengan sikap temannya yang tak tau menilai antara kaca dan permata.
“Kerana terpaksa..” Beritahu Zakri lalu menceritakan apa yang berlaku.
“Baiklah kalau betul kau tak nakkan dia lepaskan dia secara baik, aku sedia terima dia jadi isteri aku.” Cabar Hilmi hendak menguji temannya itu.
“Eh, kau gila ke???” Marah Zakri.
“itu tandanya kau sayangkan dia cuma ego kau tu yang lebih. Kau fikirkan kata-kata aku ni baik-baik.” Pesan Hilmi kepada teman baiknya.
Di meja makan Zikri lebih banyak mendiamkan diri, kata-kata Hilmi memang ada benarnya. Dia mula menyayangi Alia sejak sakit dia dilayan dengan baik oleh Alia.
Biarpun banyak perbuatannya yang menyakitkan hati namun Alia tetap bersabar.
Memang Alia tidak ada cacat celanya tapi takkan juita nak dibiarkan begitu saja. Mereka berkasih bukan setahun dua sejak menuntut di luar negara lagi. Zakri benar-benar serba salah.
Bab 7
Zakri terbaring merenung siling biliknya. Wajah ayu dan manis Alia bagai menari-nari disitu. Senyuman dan tutur katanya yang lembut membuai jiwa Zakri. Dia cuba menepis bayangan yang hadir namun dia sedar, dia tidak mampu berbuat demikian tapi dalam masa yang sama dia tidak mampu melepaskan Juita. Dia benar-benar dalam dilema.
Gagal melelapkan mata, Zakri turun ke bawah, tekaknya terasa dahaga, dia teringat puding yang dimasak oleh Alia masih berbaki didalam peti sejuk. Sejak akhir-akhir ini dia sering pulang makan tengahari di rumah air tangan Alia membuka seleranya. Sehinggga dia disindir oleh Hilmi, setiap kali Juita tiada dia lebih suka memerap dirumah. Sejak dia berbaik dengan Alia hidupnya terasa tenang bila berada di rumah itu. Ternyata Alia juga bijak berbicara, gelak manja Alia begitu menghiburkan hatinya.
Sebaik melangkah ke ruang makan, dia tersenyum melihat Alia sedang duduk menikmati baki puding yang dimasak petang tadi. Alia yang membelakangkannya tidak perasan kehadiran Zakri
“Amboi.. sedapnya makan..” Usik Zakri mengejutkan Alia sudu yang dipegang terpelanting ke lantai Alia menggosok dada.
“Abang nak bunuh Lia ke??” Ujar Alia dalam batuk-batuk kecil kerana tersedak.
“He.. penakut jugaLia ni rupanya..” Zakri mengurut belakang Alia sambil menghulur segelas air.
“Bukan takut.. tapi terkejut.. nasib baik Lia pegang sudu, kalau pegang pisau macam mana??” Alia menggeleng dengan sikap Zakri seperti budak-budak itu.
“Abang nampak Lia pegang sudu lah abang sergah..”
“Kenapa tak boleh tidur ke??” tanya Alia memandang Zakri yang duduk
disebelahnya.
“Teringatkan puding Lia nilah..”
“La.. ye ke.. tinggal ni aje, Lia ingat abang dah tak nak.”
“Nasib baik belum habis.” Zakri menarik mangkuk dihadapan Alia terus menyudu baki puding di dalam mangkuk itu. Alia memerhatikannya tidak berkelip satu ketika dulu, usahkan hendak berkongsi makanan hendak memandangnya pun Zakri jijik.
“Emm.. Lia memang pandai masak, abang rasa berat badan abang pun dah naik sekarang ni.” Puji Zakri setelah menghabiskan puding tersebut. Alia hanya merenung Zakri tanpa kata-kata.
“Kenapa Lia pandang abang macam tu??” Tanya Zakri bila dilihatnya Alia hanya membisu.
“Sampai bila kita nak macam ni bang??” Soal Alia tiba-tiba. Kebelakangan ini Alia mula merasa perasaan yang aneh terhadap Zakri, dia tahu kasihnya mula bercambah di hati tapi dia sedar dia tidak boleh melayan perasaan itu tapi bagai mana untuk dia menidakkan perasaan yang hadir tanpa dipinta itu kalau mereka mesra begitu setiap hari.
“Kenapa tiba-tiba aje Lia tanya macam tu??” Soal Zakri mula merasa tidak senang hati bila soal itu diungkit lagi oleh Alia.
“Bila abang nak kahwin dengan Cik Juita?? Takkan abang nak bercinta lama-lama, Lia pun takkan selamanya nak jadi isteri gelap abang, itu pun kalau layak digelar isteri, Lia nak mulakan hidup baru bang, nak cari kerja lain, bina kehidupan sendiri yang sebagaimana Lia impikan selama ini.” Luah Alia, dia mahu keluar dari kehidupan mereka yang tidak menjanjikan apa-apa selain kelukaan kepadanya. Sebelum terlambat
Alia ingin lari dari semua itu.
“Kenapa?? Gaji yang abang bagi tu tak cukup??” Zakri mula menyesal keluar dari biliknya tadi jika tidak dia tidak perlu berhadapan dengan Alia dalam suasana yang tidak menyenangkan ini.
“Lebih dari cukup bang. Lia bukan bercakap soal duit bang, tapi soal impian Lia. Lia tak nak mengulangi sejarah silam ibu. Selepas ditinggalkan oleh ayah Lia, dia tak punya pilihan lagi selain menjadi orang gaji, kerana dia tak berpelajaran tinggi dan Lia masa tu masih kecil jadi jalan terbaik dia menjadi orang gaji kebetulan pula keluarga Mak cik Sarah tu memang baik mereka anggap kami macam keluarga mereka tapi Lia tau ibu tetap sedih kerana tak ada rumah sendiri malah sehingga akhir hayatnya dia menumpang belas ikhsan orang.” Alia melepaskan keluhan, sesak dadanya bila bercerita tentang ibu yang amat dikasihinya.
“Masa kecil dulu setiap malam sebelum tidur Lia akan berjanji dengan ibu, Lia akan belajar rajin-rajin sebab nak kerja yang banyak gajinya supaya dapat belikan ibu rumah. Masa tingkatan tiga Lia dapat 8A masa SRP tapi Lia tolak tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana Lia tahu kalau Lia pergi, ibu kena buat semua kerja kat rumah Mak cik Sarah sendirian, Lia tak sampai hati nak tinggalkan ibu. Sayangnya Lia tak dapat melunaskan janji-janji Lia pada ibu, sebab ibu meninggal sebelum Lia tahu keputusan SPM. Lia terkilan sangat, ibu tak sempat memilik rumah sendiri. Tak lama lepas ibu meninggal suami Mak cik Sarah dapat tawaran kerja di Kanada kebetlan Mak cik Sarah memang bercadang nak balik ke tanahairnya, ketikaMak cik Sarah nak pergi dia ajak Lia, dia sanggup nak tanggung perbelanjaan Lia belajar disana tapi masa tu Lia baru tahu pasal ayah abang, ibu Lia dah pesan kat Mak cik Sarah kalau apa-apa berlaku dia nak Lia ikut ayah abang, apa yang Lia tak faham kenapa sebelum ni, ayah abang tak pernah cari ibu dan Lia.. Masa mula-mula ambil Lia dulu ayah janji nak bagi Lia sambung belajar tapi belum sempat apa-apa kita dah kahwin. Hah .. tengok entah apa-apa Lia dah melalut tengah malam buta ni..” Alia menyapu birai matanya yang basah. Zakri merasa sungguh simpati mendengar rentetan hidup Alia yang penuh ranjau derita itu.
“Lia, abang minta maaf kalau abang turut menyusahkan hidup Lia.. Abang minta sedikit masa lagi..” Zakri mencapai tangan Alia, jari jemari lembut itu digenggam erat.
“Lia tak pernah menganggap abang menyusahkan Lia, Lia tahu abang pun tak minta semua ni berlaku kita terperangkap dalam keadaan yang kita tak inginkan. Cuma Lia harap abang akan selesaikan masalah kitacepat sikit.” Ujar Alia telus.
“Abang cuba .. berilah abang masa..” janji Zakri. Apa yang pasti Zakri tahu selepas malam itu dia tak dapat membohong diri betapa dia menyayangi gadis itu.
Bab 8.
Malam itu Zakri menemani Juita makan malam. Sejak akhir-akhir ini dia merasakan agak kurang selesa bila bersama Juita. Itu semua membuat dia terkenangkan kata-kata Hilmi.
“Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Alia sebab tu kau sekarang ni dah tak macam dulukan..” kata-kata Hilmi ada benarnya, dia sudah tidak teruja lagi untuk bertemu Juita. Sedang asyik melayan perasaan Zakri membuang pandang ke luar, memerhatikan orang ramai yang keluar masuk dari Hotel Vistana yang bertentangan dengan restoran tempat dia makan.
Pandangan Zakri terpaku pada sepasang teruna dara yang sedang bergandingan tangan keluar dari hotel tersebut. Merah padammuka Zakri menahan geram. Bagai hendak tercabut matanya mengekori langkah alia danAris yang tampak begitu mesra bergadingan tangan. Hatinya sudah terbakar hangus. Kali ini Aris benar-benar melampau, sanggup dia mengambil kesempatan atas isteri adiknya sendiri.
Juita yang berceloteh disisinya tidak dipedulikan. Hatinya sibuk memikirkan kemana Alia dan Aris pergi dan dia semakin kelam kabut bila memikirkan isterinya yang belum disentuh itu dinodai oleh Aris.
“Eh, you ni macam tak ada mood aje kenapa? Orang cakap dia diam macam patung.” Marah Juita.
“I tak sihat. Cepatlah makan, I nak balik.” Zakri memberi alasan. Memang benar sakitnya datang bila melihat kemesraan Alia dan Aris
Setelah menghantar Juita pulang Zakri terus memecut ke rumahnya. Sebaik sampai dirumahnya. Zakri meluru ke bilik alia. Pintu bilik yan tidak berkunci itu dibuka. Alia yang baru selesai mandi dan sedang mengeringkan rambutnya terpinga-pinga terkejut.
“Kau kemana tadi???” Tengking Zakri.
“Lia keluar dengan abang Is, kami..”
“Eh, pandai betul kau berlakonkan, selama hari ni kau nampak baik sangat. Eh, kau betul-betul tak sedar diri tau.. perempuan jalang.” Belum sempat Alia menerangkan apa-apa Zakri menghambur marah.
“Kalau saya ni perempuan jalang, awak tu lagi teruk. Di depan isteri bercumbu dengan perempuan lain. Kalau saya jalang, buah hati awak tu lebih jalang lagi, perempuan tak ada harga diri!!!” Jawab Alia geram benar hatinya dituduh begitu
“Ooo.. pandai melawan sekarang.” Pang serentak dengan itu penampar Zakri hinggap di pipi Alia hingga alia tersembam ke katil.
Tanpa belas Zakri terus menerpa. Alia cuba melawan tapi kekuatan Zakri tidak mampu dilawan olehnya.
Tanpa belaian kasih, tanpa cumbuan mesra Zakri memperkosa Alia dengan kejam.
Disaat jeritan kesakitan Alia menembusi dirinya baru Zakri tersedar, Alia masih suci. Ketika itu dia terasa seperti dihempap batu besar yang berat menyesakkan hatinya.
“Ya Allah!!! Apa yang telah aku lakukan???” Keluh Zakri bagai tersedar dari mimpi.
“Lia.. sayang..” Zakri cuba memujuk Alia yang menangis teresak-esak.
“Jangan sentuh saya... pergi...pergi...” Jerit Alia.
“Lia, abang salah sangka. Abang fikir Lia dan Aris ada hubungan. Abang tak dapat menahan cemburu bila melihat Lia dan Aris bergandingan tangan penuh mesra..” Terang Zakri.
Alia merenung lelaki dihadapannya dengan seribu kebenciaan yang sukar digambarkan.
“Selama hari ini biarpun saya tidak dipedulikan, saya tetap menghormati dan menjaga maruah awak sebagai seorang suami. Aris cuma abang, bagi saya, tak lebih dari itu. Seelum keluar tadi saya telefon handset awak off, saya telefon pejabat awak dah keluar. Awak keluar dengan kekasih awakkan?? Aris mahu kenalkan saya dengan calon tunangnya zaina. Mak dan ayah pun ada kerana itu saya ikut.”
“awak tak pernah berubahkan.. saya ingat awak dah berubah bila awak dah mula berbaik dengan saya. Tapi saya silapkan?? Kenapa awak selalu pandang hina pada saya??? Apa dosa saya pada awak??? Kalau benarlah awak lelaki yang bertangggung-jawab saya nak awak ceraikan saya sekarang!!!” segala kesabaran yang dihimpunnya selama ini hilang bila mengenangkan penghinaan Zakri padanya. Alia menarik selimut yang menutupi tubuhnya, dia mengesat airmatanya yang membasahi mukanya.
“Lia.. maafkan abang.. abang akan tebus segala kesilapan abang pada Lia..” Rayu Zakri sambilmelutut dihadapan Alia,hiba hatinya melihat keadaan Alia.
“Mudahnya awak minta maaf, atas perbuatan yang tak berperi kemanusiaan ini. Sanggup awak memperkosa saya, awak buat saya lebih hina dari binatang. Saya takkan maafkan awak setelah saya dihina begini.” Tegas Alia, terrketar-ketar dia menahan marah.
“Lia..” Zakri memegang bahu Alia yang masih terketar-ketar itu, rasa berdosa
menghantui dirinya.
“Jangan ganggu saya lagi.. pergi!! Pergi!!” jerit Alia, hatinya sudah hancur atas perbuatan lelaki itu
Zakri melangkah berat hendak meninggalkan Alia yang masih teresak dengan tangisan yang menyentap hatinya.
Sebaik Zakri keluar, Alia segera menghempas pintu biliknya lalu dikunci, dihadapan pintu itu dia terjelepuk menangisi nasib diri yang tidak pernah kenal erti bahagia.
Semenjak peristiwa itu, puas Zakri cuba merayu dan memujuk, namun Alia tetap membatu dibiliknya. Alia akan mengunci diri dibiliknya setiap kali Zakri berada dirumah. Zakri seakan putus harapan untuk berbaik dengan Alia, apa yang lebih menyakitkan ketika itu dia menyedari bahawa cintanya untuk Alia tumbuh subur namun apakan daya kesilapan diri telah menyebabkan dia kehilangan isterinya...
Bab 9
Petang itu sewaktu pulang dari kerja, Zakri terkejut melihat ibu dan ayahnya menanti di rumah.
“Bila mak dengan ayah datang??” Tanya Zakri gugup.
“Pagi tadi, lambat kau balik??” soal ibunya bagai seorang peguam cukup membuat hati Zakri gugup.
“Lia mana mak??” Tanya Zakri bila melihat Alia tidak kelihatan. Apakah rahsianya sudah terbongkar?? Dada Zakri berdegup kencang.
“Itulah sibuk sangat mengalahkan menteri. Dah dua bulan tak balik sana . Mujurlah tergerak hati mak ni nak kemari. Isteri sakit pun kau tak peduli. Laki apa kau ni??” Marah ibunya .
“Hah, mulalah mak tu. Dah saya sibuk nak buat macam mana??”
“Kalau kau sibuk sangat, mak bawa Lia balik sana . Dia tu kena banyak berehat. Kat sini serba serbi kena buat sendiri, nak harapkan kau sibuk memanjang.” Leter ibunya lagi.
“Kerja apalah sangat kat rumah ni mak, Lia tak pernah bersunggut pun.”
“Sebab dia tak nak susahkan kau, kau pulak orang diam kau naik kepala. Kau kena faham Ari, Lia tu kena banyak berehat. Orang perempuan kalau berbadan dua selalunya minta perhatian suami. Kalau kau dah sibuk biarlah mak yang jaga dia. Mengandung sulung ni bukan senang.” Terlopong mulut Zakri mendengar kata-kata ibunya, agak lama dia terdiam mencerna kata-kata ibunya.
“Lia mengandung mak??” Tanya Zakri tidak percaya.
“Ayah dulu pun sibuk juga tapi setiap perubahan mak kau ayah tahu. Sakit ke dia,
marah ke dia, semua ayah perhatikan. Ni dah nak jadi ayah pun tak tahu.” Sampuk ayahnya pula.
“Betul ke ni mak, ayah??” Sukar Zakri hendak mempercayai apa ang berlaku, terlalu banyak derita yang Alia tanggung atas perbuatannya.
“Iya.. masa mak sampai tadi mak tengok Alia tu macam tak sihat terus mak bawa ke klinik. Kata doktor dah nak masuk dua bulan. Syukurlah akhirnya tercapai juga impian mak nak timang cucu.” Meriah ibunya bercerita, Zakri segera bangun menuju ke biliknya. Selalunya Alia akan duduk di biliknya jika ibubapanya datang. Harapan Zakri hanya satu, dengan adanya ibubapa mereka disitu, Alia tidak mengunci dirinya lagi.
“Oii.. Lia kat bilik belakang tu. Mak tak bagi dia turun naik tangga.” Tersengih-sengih Zakri mendengar kata-kata ibbunya dia segera mengatur langkah ke bilik Alia. Jantungnya berdetak keras, dia benar-benar gementar untuk berhadapan dengan Alia. Hatinya tak sudah-sudah berdoa agar pintu bilik itu tidak berkunci.
Zakri melepas nafas lega bila melihat pintu bilik itu terbuka luas. Seraut wajah Alia yang pucat sedang merenung jauh penuh duka. Zakri merapatkan daun pintu, bimbang juga hatinya kalau ibu dan ayahnya tahu apa yang berlaku, mana nak disorok mukanya..
“Lia..” Sapa Zakri lembut, usahkan menyahut, menoleh pun tidak, dia seakan tenggelam dalam lamunannya.
Zakri duduk disisi Alia, sebelum sempat Alia melarikan diri dia memeluk Alia erat, mukanya disembamkan dibahu Alia. Terlalu banyak perbuatannya yang menyakiti perasaan isterinya, airmata Zakri menitis laju, tanpa malu dia menangis dibahu isterinya teresak-esak.
“Maafkan abang Lia.. berilah abang peluang menebus segala dosa abang pada Lia..”
pohon Zakri. Alia dapat merasakan airmata Zakri hangat membasahi bahunya.
Alia menjarakkan dirinya, wajah Zakri yang basah dengan airmata itu di renung mencari kepastian, walaupun jauh disudut hatinya dia yakin Zakri benar-benar insaf tapi hatinya takut untuk menaruh harapan, dia bimbang akan disakiti lagi.
“Apakah awak masih mahu menerima saya, seandainya saya tidak mengandungkan anak awak??” soal Alia mencari kepastian.
“Lia.. abang menyedari abang menyintai Lia bukan hari ini, tapi sebelum peristiwa itu berlaku lagi. Cuma abang tak nak mengakuinya, abang cuba menipu diri sendiri tapi bila Lia mengunci diri dibilik ini, hati dan perasaan abang terkunci sama. Ini semua menyedarkan abang permata yang abang cari telah pun abang miliki cuma abang tidak tahu menghargainya. Berilah abang peluang untuk membuktikan pada Lia, bahawa cinta dan kasih abang milik Lia seorang.” Alia merasa sungguh tersentuh dengan pengakuan Zakri tapi keraguan dihatinya masih ada, bukan semudah itu untuk dia menerima dan memaafkan Zakri.
“Macam mana dengan Cik Juita?? Boleh abang lupakan dia macam tu aje??” Tanya Alia inginkan kejujuran Zakri.
“Abang dah putuskan hubungan kami hampir sebulan yang lalu. Abang bagitau dia yang kita dah berkahwin. Memang dia macam tak boleh terima semua ni, tapi abang dah berterus terang dengan dia dan antara kami berdua dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Mulai sekarang abang hanya ingin membahagiakan Lia. Abang tak mau Lia ingat lagi cerita lama, kita mula hidup baru. Abang akan cuba untuk jadi suami yang terbaik kalau Lia sudi memaafkan abang.” Berderai airmata Alia mendengar pengakuan Zakri, segala luka lalu seakan lenyap dengan kata-kata Zakri itu.
“Maafkan abang Lia.. maafkan abang..” Rayu Zaki tidak putus-putus, membuatkan Alia tidak dapat menahan sendu.
“Jangan menangis lagi Lia, cukuplah segala penderitaan yang Lia tanggung selama ini. Abang berjanji akan membahagiakan Lia..” Bisik Zakri sambil menyapu airmata dipipi Alia, dahi Alia dikucup penuh kasih. Zakri meraih Alia dalam pelukannya yang erat dan hangat. Sehangat cinta dan kasih yang membara dihati mereka. Mereka saling berbalas senyuman, senyuman penuh makna. Disini bermulanya perjalanan cinta mereka doa Alia ianya bukan hanya untuk seketika.
“Lia.. kalau mak ajak ikut dia balik nanti jangan ikut ya. Abang tak nak tinggal seorang lagi cukuplah dua bulan ni, abang rasa begitu sunyi. Pesan Zakri.
“Baiklah.. jom kita keluar kesian mak dan ayah duduk kat depan tu.”
“Emm..tak ada peluang nak berdua-duaan dengan isteri sendiri..” Usik Zakri, melihat senyuman dibibir Alia bagai terubat segala kerinduannya.
“Awak tengok si Ari ni, dia suruh Lia bangun pulak.” Marah ibunya melihat zakri memimpim Alia keluar.
“Tak apalah mak, letih asyik baring dari tadi.” Ujar Alia.
“Mak kau ni mengalahkan doktor pulak, banyak benar pantang larangnya.” Usik ayahnya.
.”Lia ikut mak balik ajelah, kat sini tak ada siapa nak tengok-tengokkan Lia, bila Ari pergi kerja.”
“Alah mak ni..janganlah nak bawa Lia balik pulak, Ari sunyi. Dua tiga hari ni Ari ambil cuti sampai Lia sihat. Apalah guna jadi suami kalau isteri sakit suruh mak jaga.” Bantah Zakri, seminit pun dia tidak sanggup berpisah dengan Alia, sungguh tidak dapat
digambarkan perasaannya bila mengetahui yang Alia mengandungkan anaknya.
“Hah, awak dengar tu, anak awak tu dah pandai pikul tanggungjawab tak usahlah nak risau tak tentu hala..” Sampuk Haji Ismai, isterinya menarik muka masam.
“Biarlah Lia kat sini mak, kalau Lia rasa tak daya sangat nanti Lia suruh abang Ari hantar balik rumah mak.” Pujuk Alia untuk menyenanfkan hati ibu mertuanya.
Alia mula merasai kebahagaiaan seorang isteri, biar pun anak yang didalam rahimnya itu bukan terjadi dari rasa cinta dan kasih tapi dia nekad untuk memberi yang terbaik buat anak itu kerana kehadirannya telah menyatukan dua hati yang tak pernah mengenali tapi kini terikat dengan kasih sayang yang tidak diduga, kasih sayang yang membuahkan cinta dan membuat mereka bahagia.
Bab 10
Kemesraan dan layanan /zakri membuat Alia melupai segala cerita duka yang lalu. Zakri benar-benar berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Alia dilayan dengan penuh kasih sayang, membuat dia rasa sungguh bahagia. Masuk bulan kelima dia mula merasakan gerakkan bayinya, hatinya tersentuh bayi itulah penyambung kasih mereka. Alia merasakan terlalu bahagia.
“Eh, kenapa termenung aje ni??” tanya Zakri duduk disisi Alia yang termenung jauh dibirai katil.
“Entahlah, berat rasa hati Lia nak lepaskan abang pergi.” Keluh Alia. Perasaannya tidak sedap hati hendak melepaskan Zakri pergi kali ini, biarpun dia tahu itu Zakri cuma menjalankan tugas yang tak dapat dielak.
“Jangalah macam ni, susah hati abang tengok Lia muram macam ni. Lagipun abang pergi bukan lama empat hari je. Nanti abang call Lia tiap-tiap hari abang janji.” Pujuk Zakri, sambil menggosok lembut perut Alia.
“Dahlah tu, bersiaplah. Kejap lagi Is datang, kata nak ikut dia hantar abang ke airport.”
“Amboi.. bukan main sedih lagi dia nak lepaskan abangnya pergi Ina, eh, Ari kau turunkanlah sikit ilmu apa yang kau pakai sampai Alia tak nak berenggang.” Usik Aris dan Zarina bila melihat wajah Alia muram.
“Mana boleh, nanti marah darling aku ni.” Gurau Zakri.
Alia Cuma tetawa melihat kemesraan Zakri dan Aris, tidak seperti dulu kalau bertemu pasti ada saja yang nak ditengkarkan.
Sampai di KLIA, Alia terkejut melihat Juita turut serta dalam seminar itu. Berderau darahnya melihat Juita disitu.
“Abang tak cakap pun Juita pergi sama??’ Alia merenung suaminya dengan rasa sangsi.
“Lia.. sayang, ini tugas abang. Lia kena faham. Abang tahu Lia meragui abang tapi yakinlah tiada siapa yang dapat menggugat perasaan cinta abang pada Lia. Kami pun bukan pergi berdua, Hilmi dan tiga orang staff bahagian lain pun ada.” Ucap Zakri sambil menggenggam erat tangan isterinya cuba memberi keyakinan.
“Lia tak meragui abang dan Lia harap kepercayaan Lia takkan abang persiakan.” Perasaan curiga yang merantai hatinya dibuangkan jauh dan dia harus faham dengan tugas suaminya bukan mencurigainya.
“Apa yang Lia nak abang bawa dari Jakarta nanti??” Tanya Zakri.
“Bawa cinta dan kasih abang seperti abang pergi dan jangan bawa dugaan dalam rumahtangga kita kerana dalam keadaan sekarang Lia tak kuat untuk menghadapinya.” Pesan Alia sambil mengucup tangan Zakri.
Empat hari ketiadaan Zakri bagaikan bertahun lamanya bagi Alia, biarpun setiap hari Zakri menghubunginya tapi manakan sama dengan berada disisi suaminya, cukup membuatkan Alia kerinduan.
Kepulangan Zakri amat dinanti-nantikan tiadayang lebih membahagiakan selain berada disisi suaminya. Namun kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan rupanya punah ditengah jalan.
Sedang Alia mengemaskan barang-barang Zakri, dia terjumpa sekeping sampul surat
sederhana besar dikocek beg Zakri. Entah mengapa hatinya bagai ditarik-tarik untuk
melihat isinya.
“Ya Tuhan...” Desah Alia. Alangkah luluh hati seorang isteri apabila suami yang diberi sepenuh kepercayaan mengkhianatinya. Gambar-gambar Zakri dan Juita dalam gaya yang penuh mesra merobek hancur hati Alia. Inikah.. balasan atas kasih sayang yang dicurahkan setulus hati.
Dengan cucuran airmata Alia membawa gambar itu lalu dicampaknya pada Zakri yang sedang rancak berbual dengan Aris.
“Lia tunggu dulu..” Zakri cuba menahan Alia yang hendak melangkah.
“Mulai saat ini kau bukan suamiku lagi..” Jerit Alia dengan cucuran airmata berlai menuruni tangga tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung. Akibatnya dia terjatuh dari tangga.
Bagaikan hilang akal Zakri meraung melihat tubuh Alia berguling dari tangga dan terdampar berlumuran darah. Aris yang terpaku segera berlari mendapatkan Alia, tanpa mempedulikan Zakri dia mencampung Alia ke keretanya.
Saat itu mahu saja dia membunuh Zakri kerana melukai orang yang sangat disayanginya.
Bab 11
Diruang menunggu bilik kecemasan Ais duduk termenung. Pilu hatinya mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Alia. Kesal dan rasa bersalah kerana tidak dapat membahagiakan Alia yang telah banyak menderita. Perasaan itu terus menghantui dirinya, jika ditakdirkan Alia pergi dia takkan dapat memaafkan dirinya.
“Macammana boleh jadi macam ni Is??” tanya ibu tirinya dengan esakkan. Aris tidak menjawap, dia bimbang kata-katanya kelak akan menyinggung hati orang yang telah dianggap sebagai ibunya sendiri. Walaupun dia hanyalah anak tiri Hajah Jamilah, namun dia tidak pernah merasakan wanita itu ibu tirinya, kasih sayang yang diberikan oleh wanita itu amat tulus. Dia tidak pernah dibeza-bezakan dengan Zakri.
“Sabarlah.. kita doakan Lia selamat..” Pujuk Haji Ismail bila melihat isterinya tidak henti-henti menangis.
Aris yang bungkam membisu seribu bahasa, dia benar-benarkecewa dengan sikap ayahnya. Kerana ayahnya lah Alia menderita. Dan kesabarannya benar-benar hilang bila melihat kemunculan Zakri. Depan baju Zakri diragutnya, tangan kanannya telah siap hendak menghayun penumbuk mujur ketika itu Zarina tiba, Zarina menarik tangan Aris menyabarkannya.
“Mengucap bang, jangan keruhkan lagi keadaan.” Ujar Zarina
“Betul tu Is, bawa bersabar.” Ayahnya menepuk lembut bahu Aris, Aris menepis tangan ayahnya, matanya merenung tepat kewajah tua itu.
“Sabar apa ayah?? Saya tak sanggup lagi nak lihat Alia menderita, tak cukupkah lagi dengan penderitaan yang ditanggungnya selama ini?? Hidup menumpang belas ikhsan orang lain. Mungkin ayah boleh lupakan semua itu tapi saya tidak!!! Ayah tinggalkan mak dan Alia hidup merana sedangkan ayah hidup senang lenang. Anak orang ayah tatang anak sendiri hidup merempat. Kalau ayah sebagai seorang bapak tak boleh melindungi, tak tahu bertanggung jawab saya sebagai seorang abang akan melindungi Lia, saya sanggup buat apa saja sekali pun membunuh, saya takkan biarkan adik saya hidup sengsara lagi.” Aris melepaskan geram yang terpendam sekian lama dihatinya.
“Apa kau cakap ni Is, Alia tu.. adik kau??” Terketar-ketar bibir ibu tirinya bertanya.
“Ya mak, Lia tu adik saya tapi demi menjaga hati mak, ayah mahu pekara ini dirahsiakan. Tapi pengorbanan Alia masih belum cukup mak.. kerana itu ayah kahwinkan dia dengan iblis tu..” Akui Aris, segala rahsia yang tersimpan rapi terbongkar satu demi satu.
“Ya Allah... bang... kenapa abang rahsiakan semua ini?? Kenapa abang tipu saya selama ni??” Hajah Jamilah memukul bahu suaminya.
“Sabarlah mak cik, jangan ikutkan hati. Ini hospital kita tak boleh bising-bising.” Pujuk Zarina memimpin Hajah Jamilah mengajaknya duduk dan bertenang.
Zakri kehilangan kata-kata, mengetahui semua itu membuatkan dia lebih tertekan. Patutlah diantar Alia dan Aris bagai ada rahsia yang kadang kala membuat dia curiga melihat mereka berdua begitu mesra.
Bab 12
Pintu bilik kecemasan itu dibuka, seorang jururawat melangkah keluar.
“Siapa yang bernama Aris??” Tanya jururawat itu.
“Saya nurse, macam mana adik saya nurse?” Aris bertanya tidak sabar.
“Dia selamat, malangnya kami gagal menyelamatkan anaknya. Encik boleh masuk sekejap adik encik nak jumpa tapi tak boleh lama-lama.”
“Nurse, saya suaminya boleh saya masuk??” Tanya Zakri mengharap.
“Maaf, Puan Alia tak nak jumpa sesiapa kecuali Encik Aris, lagipun keadaan dia masih terlalu lemah.” Zakri terduduk lemah.
Aris melangkah laju mendapatkan adiknya yang terlantar tidak bermaya, robek hatinya melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh adiknya.
“Anak Lia dah mati bang..” Tangis Alia sebaik melihat Aris.
“Sabarlah Lia... sabarlah dik..” Aris mengusap dahi Alia penuh sendu.
“Lia dah tak ada apa-apa lagi bang..”
“Jangan cakap macam tu Lia, abang ada selepas ni abang takkan biarkan Lia derita lagi abang janji.”
“Lia nak abang yang uruskan jenazah anak Lia, comelnya dia bang, lelaki.. abang tolong uruskan segala urusan dia ye.. jangan bagiZakri sentuh anak Lia, Lia tak redha bang..” Pinta Alia.
“Lia jangan bimbang abang akan uruskan, Lia berehatlah. Tenangkan hati Lia, ingat dalam apa keadaan pun kita ada Allah yang Maha Mengetahui semuanya..”
“Terima kasih bang, abanglah kekuatan Lia sekarang kalau abang tak ada Lia tak tau macam mana hidup Lia selepas ni..”
“Encik tolong keluar, Alia perlukan rehat.” Seorang jururawat datang menghampiri mereka.
“Lia rehatlah. Bila semua dah selesai abang akan datang lagi.” Aris tahan airmatanya dari gugur, dikucupnya dahi adiknya.
Aris menunaikan amat Alia, jenazah bayi itu dituntut. Pilu hatinya melihat wajah comel bagaikan sedang tidur itu, belum sempat dia melihat wajah ibunya dia telah pergi sebelum mengenali dunia ini.
“Alia tak izinkan kau sentuh anak ini.” Ujar Aris bila Zakri menghampirinya.
“Dia juga anak aku Is, izinkan aku melihat wajahnya..” Rayu Zakri. Walau semarah mana pun Aris terhadap Zakri, dia tahu Zakri juga berhak keatas anak itu. Perlahan-lahan dia meletakkan jenazah anak saudaranya ke pangkuan Zakri.
Lama Zakri mendakap anaknya itu. Zakri sedar anak itu yang mengikatkan dia dan Alia kini dia tak punya apa-apa untuk menagih kasih Alia. Perlahan-lahan dia mencium pipi anaknya.
“Maafkan ayah sayang..” Bisik Zakri menatap wajah comel yang begitu tenang sekali. Airmatanya mula mengalir. Zakri menyerahkan kembali jenazah anaknya kepada Aris.
“Tunaikanlah permintaan Alia.” Ujarnya tidak bermaya. Dunia dirasakan berputar ligat, kosong, sepi, kehampaan yang tidak dapat hendak diucapkan.
‘
Bab13
Tiga bulan telah berlalu, apa yang terjadi membuatkan Alia berubah. Dia jadi pemenung dan pendiam, amat suka untuk mendengar bicaranya lagi. Renungan matanya kelihatan kosong, bibirnya tidak pernah mengorak senyuman lagi. Puas ayah dan ibu mertuanya cuba memujuk, jenuh Aris dan Zarina cuba menghiburkan tetapi hampa, Alia lebih senang diam membisu seribu bahasa. Zakri sudah tidak berdaya lagi hendak memujuk isterinya. Hati Alia tidak dapat dipujuk lagi lukanya amat parah, dia bagaikan hidup tapi tidak bernyawa.
Alia mengejutkan keluarganya bila dia hendak ke Kanada bagi Alia itulah yang terbaik buat dirinya pergi jauh dari tempat yang penuh memori pahit itu akandapat membantu dia untuk melupakan semua itu.
“Kenapa Lia nak pergi jauh tinggalkan abang?? Kalau Lia tak nak duduk sini lagi kita cari rumah lain. Abang akan jaga Lia.” Aris sedih melihat penderitaan yang terpaksa ditangggung oleh adiknya, dia sanggup berbuat apa saja kalau dapat melihat Alia ceria kembali.
“Dulu ketika mak meninggal, Mak Cik Sarah memberi Lia dua pilihan. Sama ada mengikut dia dan keluarganya kembali ke Kanada atau ikut ayah. Lia fikir ketika itu lebih baik berada disisi keluarga sendiri, Lia tak fikir semua ini akan berlaku. Biarpun Lia terpak sa rahsiakan siapa diri Lia sebenarnya, Lia tak kisah asalkan Lia dapat jumpa ayah dan abang yang sangat Lia rindukan selama ini tapi bahagia yang Lia harapkan, derita yang Lia terima. Dua hari lepas anak Mak Cik Sarah ada telefon Lia, dia bagitau Mak Cik Sarah sakit tenat, rupa-upanya sebab itulah dia beria-ia nak balik ke sana, kanser payudara yang dihidapinya sudah berada ditahap kritikal. Lia rasa telah tiba masanya untuk Lia membalas jasa baik dia pada Lia dan arwah mak dulu. Lia nak jaga dia, segala urusan Lia ke sana telah diuruskan oleh anaknya melalui agensi pelancungan disini.” Terang Alia.
“Lia.. mak rasa amat bersalah atas apa yang berlaku, biarpun Lia Cuma anak tiri mak, mak dah anggap Lia macam anak mak sendiri. Mak rasa berdosa, kerana Ari, Lia nak pergi jauh tinggalkan keluarga sendiri sedangkan ini rumah Lia, keluarga Lia, jangan pergi nak..” Rayu Hajah Jamilah.
“Mak, mak tak beersalah. Selama ini walau apa pun yang berlaku, arwah mak tak pernah salahkan sesiapa pun. Katanya dia terpaksa berpisah dengan ayah kerana keluarga ayah tak pernah dapat menerima dirinya, dia terima suratan takdir untuk dirinya dengan redha tak pernah sekali arwah mak, marah atau membenci sesiapa.
Begitu juga Lia mak, Lia tak salahkan sesiapa pun atas apa yang berlaku, Cuma Lia tak boleh tinggal disini terlalu banyak kekecewaan yang Lia terima disini. Lia pergi nak tenangkan hati bila segalanya mampu Lia lupakan, Lia akan kembali semula ke sini insyaAllah.” Janji Alia.
“Kalau itu kehendak Lia, Lia pergilah ayah izinkan, Cuma satu pinta ayah jangan sesekali Lia putuskan hubungan kita. Dulu ayah tak tahu mana nak cari Lia dan mak Lia. Arwah mak Lia tinggalkan ayah tanpa sebarang berita. Ayah tak nak kehilangan Lia lagi. Pergilah kalau ini dapat menenangkan hati Lia, tapi ingat kami sentiasa menanti kepulangan Lia.” Kata-kata ayahnya membuat Alia terharu.
Petang itu Alia menelefon Zakri menyuruh dia datang menemuinya.
“Lia, Zakri dah sampai ni..” Beritahu ayahnya. Dengan langkah yang berat dan hati yang gentar Alia keluar.
“Alia...” Suara Zakri seakan terkulum bila menatap wajah cengkung isterinya. Wajah yang sangat dirinduinya.
“Terima kasih kerana datang. Tunggu sekejap Lia ambil minuman kita bercakap kat taman.” Alia masuk mengambil hidangan petang yang talah disediakan. Barangkali inilah juadah terakhir yang disediakan untuk Zakri.
“Rasalah puding ni, pagi tadi Lia buat.” Lia menyendukkan kuih kegemaran Zakri, dia cuba menahan airmatnya dari gugur bila melihat Zakri menyudu puding itu ke mulut, dia juga dapat melihat airmata Zakri yang berlinang.
“Terima kasih kerana masih sudi masak untuk abang.” Zakri merenung Alia , mengharapkan Alia dapat menerima dirinya semula, namun dia tahu semua itu takkan berlaku.
“Lia rasa abang dah tahu yang Lia akan pergi jauh dari sini.” Alia memulakan bicara, Zakri hanya mengangguk.
“Sudah tiba masanya kita selesaikan masalah kita. Sama ada abang suka atau tidak Lia masih isteri abang, jadi sebelum Lia pergi, Lia mahu abang lepaskan Lia secara baik.” Tegas kata-kata Alia, bagai menyentap tangkai jantung Zakri, dadanya terasa sesak.
“Tidak Lia, walau apa pun yang terjadi abang takkan ceraikan Lia, tidak sekarang.” Keputusan Zakri mengejutkan Alia.
“Kenapa abang masih nak pertahankan perkahwinan kita yang tak bermakna ni bang??”
“Mungkin bagi Lia perkahwinan ini sudah tidak bermakna tapi bagi abang ianya adalah segala-galanya. Lia tak pernah nak dengar apa-apa penjelasan dari abang pun.”
Desah Zakri.
“Lia tak tahu berapa lama Lia akan berada disana nanti, jika sesuatu berlaku apakah abang sanggup menanggung dosa??” Soal Alia kecewa dengan keputusan Zaki.
“Lia pergilah selama mana yang Lia mahu, abang izinkan. Jika ditakdirkan disana nanti ada insan lain yang dapat menawan hati Lia, abang akan lepaskan Lia. Tapi jika selama itu Lia tetap sendiri kita tunggu hingga Lia pulang. Abang nak Lia dengar penjelasan abang masa tu, jika Lia tidak dapat memaafkan abang dan menerima abang semula, abang akan tunaikan permintaan Lia. Itu janji abang.”
“Baiklah jika itu keputusan abang, Lia terima.” Balas Alia sambil merenung wajah Zakri. Wajahnya kelihatan cengkung disertai jambang tidak terurus.
“Baguslah kalau macam tu. Abang pergi dulu.” Zakri bangun berhenti dihadapan Alia, kedua-dua bahu Alia dipegang erat, dia mengucup dahi Alia sebelum berjalan menuju ke keretanya tanpa menolah lagi. Ingin saja Alia memeluk tubuh lelaki itu dan menahannya dari pergi tapi luka dihatinya terlalu paah membuatkan dia hanya membatu disitu. Kini Cuma masa akan menentukan segala-galanya...
Bab 14
Hanya beberapa minit lagi pesawat yang dinaiki akan mendarat di tanah airnya. Alia tidak menduga setelah hampir dua tahun hatinya terbuka untuk kembali
Hatinya tertanya-tanya apakah perubahan dalam keluarganya. Dan Zakri... apakah lelaki itu masih setia menantinya. Alia pasrah dia sendiri masih belum membuat keputusan tentang rumahtangganya. Sama ada dia akan kembali ke pangkuan Zakri atau tidak.
Alia memerhati sekeliling mencari wajah-wajah yang sangat dirinduinya.
“Apakhabar ayah??” Alia tunduk mencium tangan ayahnya. Airmatanya tidak dapat ditahan apabila ayahnya memeluk erat dirinya. Kemudian giliran ibu tirinya pula meraih dia dalam pelukkan.
“Anak mak dah balik.” Ucapan itu menyentuh sanubari Alia. Kemudian Alia berpaling pada Aris, Zarina dan anak kecil mereka yang comel.
“Yang comel ni tentu Ariana.” Alia mendukung anak kecil yang malu-malu itu. Matanya singgap pada perut Zarina yang memboyot.
“Amboi.. poduktifnya..” Usik Alia memandang abang dan kakak iparnya.
“Selamat pulang dik.” Aris mengucup dahi adiknya
Di belakang Aris, Alia melihat lelaki yang memakai T-shirt putih dan seluar jeans biru kelihatan tenang menantinya dengan sejambang mawar putihditangan, membuat hati Alia berdebar kencang.
Sayangnya dia tidak dapat melihat sinar mata lelaki itu yang tersembunyi disebalik kaca mata hitamnya. Alia merasa gementar.
Selamat kembali Lia..” Zakri menghulur jambangan mawar yang harum dan mekar itu.
Kedua-dua belah pipi Alia dikucup lembut. Puas Alia menahan namun
airmatanya tetap gugur. Peristiwa yang sangkanya telah dapat dilupakan itu kembali berputar satu persatu. Dia tidak dapat membohongi diri sejauh mana pun dia pergi, dia masih gagal melupakan apa yang berlaku.
Kemesraan keluarganya sedikit sebanyak meringankan tekanan perasaan Alia. Dia sedang berfikir untuk membuat keputusan, keputusan yang amat penting dalam hidupnya.
Alia banyak menghabiskan masa di rumah Aris,dia seronok menghabiskan masa bersama anak saudarnyanya yang keletah dan wajah anak comel itu menghiburkan hatinya.
“Lia, abang Is nak cakap sikit..”
“Apa dia?” Tanya Alia sambil menghampiri abangnya.
“Lia tahu abang Is sayangkan Lia. Abang tak mahu tengok Lia derita lagi. Abang juga pernah mendendami Zakri tapi bila melihat perubahan sikap Zakri sejak Lia pergi dulu, abang yakin dia menyintai Lia. Lia dah fikirkan tentang rumahtangga Lia??”
“Lia sendiri tak tahu apa keputusan yang terbaik untuk Lia bang.” Keluh Alia.
“Fikirkan baik-baik Lia, buatlah keputusan yang terbaik untuk kamu berdua.” Nasihat Aris
“Baiklah, Lia akan cuba . Lia dah janji dengan mak dan ayah nak balik sana petang ni.”
“Nanti abang hantarkan.”
“Tak apalah, Lia nak singgah Taman Tasik nak tenangkan fikiran dulu.”
“Baiklah kalau macam tu tapi Lia ingat pesan abang ye..” Ujar Aris sambil menepuk lembut bahu adiknya dit tidak mahu lagi melihat Alia menderita.
Bab 15
Ketenang dan keindahan Taman Tasik itu melegakan sedikit perasaan Alia yang bercelaru. Baru saja terasa damai, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang perempun.
“Ini Alia kan ..” Sapa perempuan itu. Perempua yang telah menghancurkan hidupnya hampir dua tahun yang lalu. Alia tidak ingin melihat wajah yang telah memporak perandakan kehidupannya.
“Tunggu dulu Alia..” Tahan perempuan itu bila Alia hendak berlalu.
“Awak dah bunuh anak saya, porak perandakan rumahtangga saya dan musnahkan hidup saya. Awak belum puas hati lagi ke??? Jerkah Alia.
“Awak berhak membenci sayaAlia, tapi dengar dulu penjelasan saya ini.” Pinta Juita.
“Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak, setelah apa yang berlaku.”
“Lama saya menunggu kepulangan awak Alia. Bila saya ke rumah Aris tadi katanya awak ke sini. Saya tahu dosa saya terlalu berat untuk awakmaafkan tapi Zakri tidak bersalah Alia. Tolonglah dengar apa yang saya nak katakan.” Rayu Juita.
“Apa maksud awak Zakri tak bersalah??” Tanya Alia.
“Apa sebenarnya yang berlaku adalah rancangan saya. Sayalah yang letakkan gambar-gambar tu dalam poket beg tanpa pengetahuan Zakri. Gambar-gambar itu iambil sebelum Zakri menikahi awak, kami pernah ke Jakarta atas urusan kerja sebelum ni, tentu Zakri ada cerita dengan awakkan..
Sangka saya bila awak tinggalkan dia, dia akan kembali ke pangkuan saya. Sayangnya.. apa yang saya lakukan hanyalah membuatkan Zakri lebih membenci saya. Saya kesal kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Tak pernah sehari pun berlalu tanpa saya ingat dosa saya pada awak. Kerana saya, satu nyawa terkorban. Saya tahu per-buatan saya ini tak mungkin dapat awak maafkan, tapi kembalilah pada Zakri, dia tidak bersalah dia benar-benar menyintai awak.” Cerita Juita dengan linangan airmata. Alia tahu biarpun sukar baginya menerima semua itu, tapi Alia pasti Juita berkata benar.
“Mama.. mama..” Teriak anak kecil atas dukungan lelaki menghampiri mereka.
“Apakhabar Lia?? Masih ingat dengan saya??” Tanya lelaki itu.
“Hilmi!!” Terpacul nama itu dari bibir Alia.
“Tajam ingatan awak dah lama tak jumpa, awak masih ingat.”
“Jadi awak berdua ni..” Kata-kata Alia terputus disitu.
“Ya kami dah kahwin. Mula-mula dulu saya jadi penasihat Julia ni setelah apa yang berlaku, lama-lama terus tersangkut.” Cerita Hilmi sambil tertawa
“Dia banyak mengubah sikap saya dan menyedarkan saya. Ternyata dia dapat membuang sikap buruk saya dulu dan menerima saya seadanya..” Akui Juita
“Alia.. kembalilah pada Zakri, dia seorang suami yang setia dan baik. Saya pasti awak berdua akan bahagia.” Ujar Hilmi.
“Saya minta diri dulu.” Ujar Alia, dia sudah tidak sabar hendak menemui Zakri untuk memohon ampun dan maaf kerana tidak pernah memberi Zakri kesempatan untuk menerangkan apa yang berlaku dan lebih dahsyat lagi dia meragui kejujuran Zakri kerana itu mereka kehilangan anak mereka.
“Lia saya mohon dengan sepenuh hati maafkanlah kesilapan saya.” Juita menghulurkan tangan. Alia menyambut tangan Juita dengan senyuman. Dia tidak mampu mendendami orang yang telah menyesali dan menginsafi kesalahan sendiri.
“Terima kasih Lia, awak benar-benar berhati luhur. Bertuah Zakri dapat isteri sebaik awak.” Ucap Juita sambil memeluk Alia erat.
“Sampaikan salam kami pada Zakri, katakan kami akan kesana cuti hujung tahun ni.” Pesan Hilmi.
“Kemana??” Tanya Alia kehairanan.
“Jadi awak belum tahu lagi??
“Tahu apa??” Tanya Alia semakin keliru.
“Biarlah Zakri yang bagitahu nanti.” Jawab Hilmi sambil tersenyum
Sepanjang perjalanan pulang Alia tidakdapat menahan tangis bila mengetahui Zakri tidak pernah curang kepadanya bila mengetahui Zakri benar-benar menyintai dirinya dan apa yang terjadi hanyalah salah faham. Dia terkenang permintaan Zakri sebelum dia pergi. Dia teringat sikapnya yang tidak pernah memberi peluang pada Zakri untuk menerangkan pekara yang sebenarnya..
Bab 16
Rasa bersalah, menyesal atas sikapnya menghantui Alia. Kali ini dia akan memohon maaf dari Zakri harapannya hanya satu. Zakri dapat memaafkan dirinya. Sebaik sampai dir rumahnya dia terus meluru ke bilik Zakri tapi sayang bilik itu kosong.
“Abang Ari mana mak??” pertanyaan Alia itu mengejutkan ibu dan ayahnya.
“Dia dah balik Lia, ini ada dia tinggalkan surat untuk Lia.” Beritahu ibu mertuanya sambil menghulurkan surat titipan Zakri. Alia kecewa tidak dapat menemui Zakri surat itu segera dibuka.
Alia,
Maafkan abang terpaksa pulang kerana telah terlalu lama abang bercuti, banyak tugas yang perlu diuruskan.
Hujung minggu ini abang akan pulang, abang akan lepaskan Lia kerana abang tahu tiada ruang lagi dihati Lia untuk abang. Abang tidak berhak menyiksa Lia, biarpun perpisahan ini nanti akanhanya menambah kekecewaan diri abang, abang harus akur kerana abang tidak dapat mengembalikan cinta Lia buat abang. Jika ini hukuman yang harus abang terima kerana kesilapan abang dulu abang terima dengan redha.
Tunggu kepulangan abang nanti.
Kecewa – Zakri.
“Maafkan Lia bang.. maafkan Lia.. ayah.. Lia nak balik rumah Lia, Lia masih sayangkan abang Ari.” Ujar dengan tangisan pilu.
“Zakri dah tak duduk situ lagi Lia, rumah tu dah dijualnya. Dia dah berhenti kerja dan buka resort di Terengganu.” Beitahu ibu tirinya.
“Mak, abang Ari tak salah mak, tadi Lia jumpa Juita dia dah ceritakan segala-galanya
apa yang berlaku adalah angkara Juita. Lia nak jumpa abang Ari mak, nak minta maaf
kerana tak pernah bagi dia peluang untuk menjelaskan segalanya.”
“Alhamdulillah.. syukurlah kalau Lia dah tahu apa yang sebenarnya berlaku, Ari ada cerita dengan mak. Dia tak pernah salahkan Lia, malah dia sentiasa menunggu kepulangan Lia, cuma bila Lia tak pedulikan dia lagi setelah pulang dari Kanada, dia rasa Lia dah tak sayang dia lagi dan dia tak nak Lia sedih lagi. Mak tahu Ari sayangkan Lia hidup dia cukup tertekan sejak Lia pergi.”
“Maafkan L ia mak, ayah.. tolonglah Lia nak jumpa abang Ari.. Lia menyesal atas sikap degil Lia mak, Lia sayangkan abang Ari..”
“Kalau macam tu, ayah akan hantarkan Lia kesana.” Ayahnya menawarkan diri.
“Biar Lia naik flight aje ayah, cepat sikit. Lia nak pergi hari ni juga.”
“Biar mak temankan Lia.” Ujar ibu mertuanya.
“Terima kasih mak, tak payahlah mak susah. Lia nak selesaikan pekara ini sendiri. Mak dan ayah tolong doakan segalanya berakhir dengan baik.” Tekad Alia, kali ini giliran dia pula memujuk Zakri.
Bab 17
Sebaik sampai di lapangan terbang, Alia terus menyewa sebuah teksi. Hatinya tidak sabar hendak menatap kembali wajah suaminya. Dalam hatinya Alia tidak sudah-sudah berdoa agar Zakri memaafkan kesilapannya. Agar mereka dapat membina hidup baru, jika diberi peluang dia berazam untuk menjadi isteri yang terbaik buat Zakri.
“Cinta Alia Resort” papan tanda itu berdiri megah membuat Alia menyedari betapakukuhnya cinta Zakri padanya.
Sebaik melangkah masuk ke ruang legar dia disambut dengan senyuman manis penyambut tetamu disitu.
“Boleh saya bantu Cik?” Sapa gadis manis itu ramah.
“Saya nak jumpa Enik Zakri.” Jawap Alia.
“Boleh saya tahu, apahal Cik nak jumpa Encik Zakri?”
“Saya isteri dia. Awak tahu dia dimana sekarang??”
“Oh, Puan Alia.. patutlah saya rasa macam pernah jumpa, selalu tengok gambar je. Dapat juga saya jumpa orangnya. Rasanya Encik Zakri ada kat villa, nanti saya telefon dia dulu.”
“Tak apalah, jangan call dia saya nak surprisekan dia, dia tak tahu saya nak datang ni.”
“Emm.. romantiknya.. nanti saya panggilkan driver minta tolong hantar puan ke sana .”
Segera gadis itu memanggil pemandu yang berada di luar.
“Puan boleh ikut Pak Milan ni, nanti dia akan hantarkan puan ke villa puan.”
“Terima kasih Nina, lain kali jangan panggil saya puan lagi Kak Lia cukup okay..”Ujar Alia setelah memandang tanda nama didada gadis itu.
Dari jauh Alia dapat melihat keindahan banglow berwarna putih biru di atas bukit mengadap ke laut. Ketika turun dari kereta yang dinaiki sekali lagi hati Alia tersentuh melihat tulisan yang tertera di pintu masuk banglow itu. ‘Villa Cinta Alia’
Itu semua membuat Alia sedar, banyak kesilapan yang telah dilakukan kerana tidak mempercayai suaminya. Itu semua kerana sikap keras hatinya bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Dia sedar jika dia kehilangan Zakri saat itu hidupnya pasti tidak akan sempurna. Jari jemarinya memegang tulisan itu, Zakri telah meletakkan namanya sebagai bukti betapa suaminya itu mencintai dirinya.
Agak lega hatinya bila melihat kereta Zakri ada disitu. Alia menekan loceng ditepi pintu namun tiada jawapan. Alia mengambil keputusan untuk melihat sekeliling rumah itu dulu. Pintu pagar yang terbuka luas itu seakan menyambut kedatangannya.
Alia melangkah masuk ke taman bunga disudut kanan rumah itu. Bunga-bunga mawar merah dan putih yang ditanam sepanjang sudut taman kecil itu sedang mekar. Itu semua mengingatkan Alia, dia pernah memberitahu Zakri tentang impiannya membina taman begitu di rumah mereka dahulu, ini menunjukkan Zakri mengingati setiap kata-katanya.
Dalam remang senja itu, Alia melihat Zakri duduk di kerusi rehat sedang termenung jauh. Deburan ombak kedengaran begitu mengasyikkan. Alia menarik nafas panjang, perlahan-lahan dia mengatur langkahmendekati Zakri.
“Assalamualaikum..” Alia memberi salam sebaik sampai disisi Zakri. Zakri tergamam, lama dia merenung Alia didepannya seolah-olah tidak yakin dengan apa yang dilihatnya.
“Maafkan Lia bang..” Alia capai tangan Zakri dan mengucupnya dengan deraian airmata.
“Abang bermimpikah Lia??” Tanya Zakri masih ragu-ragu.
“Tidak bang, mimpi itu sudah jadi kenyataan.” Jawap Alia dalam tangisnya.
“Ya, Allah aku bersyukur atas limpah kurniaMu, menunaikan permohonanku.” Zakri menadah tangan penuh kesyukuran.
“Abang maafkan Lia ye, kerana menyusahkan hidup abang..”
“Jangan cakap macam tu Lia.. tidak pernah sekali abang menganggap Lia menyusahkan abang. Jangan tinggalkan abang lagi Lia, cukuplah hukuman yang abang terima selama ini hidup abang tak bermakna tanpa Lia.”
“Maknanya abang sudi terima Lia semula dan memaafkan kesilapan Lia?” Tanya Alia masih bimbang kalau-kalau Zakri tidak memaafkannya.
“Ya, sayang.. abang maafkan segala-galanya..”
“Terima kasih bang, terima kasih..” Alia memeluk Zakri erat. Lama mereka saling berdakapan.
“Lia, abang nak tanya sesuatu..” Kata Zaki sambil memegang bahu isterinya bagi membolehkan dia menatap wajah yang sangat dirinduinya selama ini.
“Apakah yang mengubah pendirian Lia??” Tanya Zakri.
“Juita dan Hilmi datang jumpa Lia, mereka dah ceritakan segala-galanya. Lia kesal kerana tidak mendengar penjelasan abang kalau tidak tentu saat ini kita sedang berbahagia dengan anak kita.” Luah Alia dengan titisan airmata penyesalan.
“Sudahlah sayang, kita lupakan semua itu. Kita bina hidup baru jadikan yang terbaik buat kita. Abang tak nak Lia menangis lagi, biarlah yang berlalu itu terus berlalu, hari depan yang perlu kita fikirkan.” Pujuk Zakri.
“Terima kasih bang.. terima kasih..” lega hati Alia bila Zakri dapat memaafkan dirinya.
“Mari kita masuk, tentu Lia letihkan..” Zakri memimpin Alia menuju ke rumah
mereka.
“Villa Cinta Alia ini, lambang cinta abang pada Lia. Abang mahu kita abadikan kebahagian kita disini.”kata Zakri sambil menggenggam erat tangan Alia.
“Terima kasih kerana menyintai Lia bang, tak ada yang lebih bermakna dari itu.” Balas Alia dengan senyuman penuh makna.
Akhirnya di situ, dia menemui cinta yang abadi di Villa Cinta Alia yang akan menyemadikan kisah cinta mereka seterusnya.