Saturday 19 March 2011

merentasi ranjau derita-sha2005

" shazwa terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk menikmati sebuah kebahagiaan. shazwa terpaksa mengahwini fazli, sepupunya atas desakan ibu bapanya sedangkan dia telah mempunyai pilihannya sendiri. shazwa kecewa kerana kekasihnya, redwan lebih mementingkan kejayaandan masa depannya sendiri dari mempertahankan cinta mereka. perkahwinan dengan fazli, merupakan permulaan detik hitam dalam hidupnya. akhirnya mereka berpisah dan shazwa disingkirkan keluarganya. shazwa bangkit dari derita yang dilaluinya. dari seorang pekerja kilang dia berusaha sehingga berjaya memperoleh diploma dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. redwan kembali menagih kasih dari shazwa. di saat cintanya pada redwan mulai berputik kembali, lelaki itu telah menodai kepercayaannya. kejayaan yang dikecapi tidak dapat mengisi kekosongan hidupnya. dia bertemu semula dengan bekas teman sekerjanya, masri. lelaki itu cuba mengubati hatinya. terubatkah hati shazwa atau apakah shazwa masih menanti redwan? akan adakah cinta baru dalam hidupnya? merentasi ranjau derita menceritakan segalanya"

Wednesday 16 March 2011

seraut wajah sebuah memori luka dan cinta-sha 1998

Seraut wajah tampan Daniel membuat hati Anis diamuk kenangan silam tak mungkin dilupakan namun dalam luka ada cinta yang hadir tanpa di duga. Namun bila kepercayaan yang mula bercambah di nodai mampukah Daniel merebut kembali cinta Anis???

Tuesday 15 March 2011

a new start..

PRINSIP SAYA DALAM BIDANG PENULISAN:
    
 Menulis ini umpama kita makan.  Ada makanan yang kena dengan selera kita dan ada sebaliknya. Mungkin ada yang tidak menggemari karya saya tapi ramai yang lain meminatinya.  Yang penting bagi saya, saya menulis bukan kerana orang lain tapi saya menulis untuk kepuasan diri sendiri.
    Kadang kala kata-kata dan reaksi dari pembaca memberi dorongan yang kuat untuk saya terus berkarya, contohnya kata-kata ini ia amat bermakna buat saya.

    "PENULIS TIDAK KIRA WARTAWAN, NOVELIS, PENYAIR ATAU APA SAJA UMPAMA UTUSAN YANG MENYEBARKAN CETUSAN ILMU KEPADA SELURUH ISI ALAM DAN UNTUK ITU, KITA HARUS BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA"